BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Jumaat, 23 September 2011

HIDUP BANGSA!!!?


Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih…

Segala Puji Bagi Allah Penguasa Hari Akhirat…

Selawat Dan Salam Buat Junjungan Besar Nabi Akhir Zaman…


Assallammualaikum dan selamat sejahtera buat sahabat sekalian… apa khabar kalian??? Doanya, semoga sahabat semua senentiasa berada dalam keadaan yang baik. Sahabat sekalian, yakinlah bahawa baik akan baik. Heheheh..

Seketika menyelongkar simpanan file lama, terjumpa dengan timbunan artikel yang pernah diberikan oleh Ustaz Fadhiri (allah, rindunya.. Al-fatehah). Hati rasa terpangil untuk berkongsi sume ni. Apa kata kita mulakan dengan artikel ni. Sebab utama saya pilih artikel ni, sekarang perkara ni semakin berleluasa. Mari kita tengok huraian ni, hadam dan fahami. Semoga bermanfaat.

Agak susah bagi sesiapa pun hendak menimbang sesuatu kebenaran dari satu-satu perkara bila bertembung antara kehendak agama dengan kehendak kebangsaan. Contoh yang mudah, katakanlah tarian asli menurut kebangsaan adalah baik.
Tetapi menurut Islam adalah haram, atau bersanding menurut kebangsaan adalah mempertahankan adat warisan datuk nenek tetapi menurut agama adalah haram. Dan satu contoh lagi ialah menepung tawar adalah ajaran adat  yang dikaitkan dengan fahaman bangsa boleh disebut juga di dalamnya ada semangat kebangsaan tetapi sekiranya menurut agama Islam hukumnya harus atau makruh.
Sebenarnya kalau saya hendak senaraikan pertembungan antara kebangsaan yang salah dengan ajaran agama yang benar terlalu banyak. Oleh sebab itu kalau satu-satu bangsa menjadikan kebangsaan sebagai asas perjuangan dan dalam masa yang sama juga mereka hendak mempertahankan agama, maka mereka akan menempuh pertentangan fikiran yang sangat hebat yang boleh membawa kepada sakit jiwa. Benar juga perkataan salah seorang menteri di negara jiran, “Kita tidak akan memberi jawatan yang tinggi kepada tentera yang beragama Islam di negara ini kerana ditakuti akan pertentangan jiwa mereka sewaktu berhadapan dengan musuh. Apakah yang dipertahankan itu agama atau bangsa?”

Dalam mempertahankan bangsa, orang yang mengetahui agama terpaksa menerima kemungkaran yang dibuat oleh bangsanya sendiri seperti seorang ustaz yang ditugaskan di kementerian kebudayaan terpaksamenyaksikan tarian budaya bangsanya yang sudah tentu haram di sisi hukum syariat. Waktu itu dia mesti pilihantara dua samada mengorbankan agama atau mengorbankan adat bangsanya. Kalau di dalam hatinya lebih banyak kepentingan bangsa, kepentingan diri dan dunia, maka sudah tentu dikorbankan agama. Tetapi kalau agama yang menjadi kecintaannya maka dikorbankan kepentingan bangsa.

Ramai orang mempertahankan kejahatan bangsanya walaupun jelas bangsanya jahat kerana di dalam hatinya mempunyai jiwa atau semangat kebangsaan dan kadang-kadang juara yang mempertahankan bangsanya yang jahat itu terdiri daripada mereka yang boleh menguasai ilmu Al Quran dan hadis. Dicarinya hujah dalam hadis untuk mempertahankan kebatilan itu. Inilah golongan yang disebut Rasul: “Mereka yang menggunakan bahasa kamu (bahasa Al Quran) tetapi mengajak kamu ke jurang neraka.”

Setengah-setengah daripada negara bekas jajahan telah pernah memperjuangkan kesatuan bangsa. Semasa hendak menghalau penjajah, orang-orang agama menyangka di waktu itu biarlah bangsa itu merdeka lebih dahulu, setelah itu barulah kita perbaiki agama umat kita.
Tetapi rupa-rupanya setelah merdeka semangat nafsu bangsa diletakkan di hadapan. Dan sesiapa sahaja yang menentang kehendak nafsu bangsa dengan menggunakan agama akan disumbat ke dalam penjara.

Inilah salah satu kesalahan yang besar yang dilakukan oleh mereka yang mencampur-adukkan agama dengan kebatilan bangsa. Bukannya sedikit perasaan duka yang terpaksa ditanggung oleh pejuang-pejuang agama lantaran kesilapan ini.

Perjuangan menegakkan Islam ialah perjuangan membina iman. Iman dengan kufur tidak boleh barsatu. Iman dengan kufur tidak sehaluan. Iman jalannya ke akhirat dan syurga manakala kufur pula jalannya setakat pintu kubur sahaja dan di akhirat habuannya ialah neraka.

Perjuangan Rasulullah ialah perjuangan cinta iman dan Islam. Bukan perjuangan dicampur-aduk dengan semangat bangsa yang mana semangat bangsa adalah semangat daripada bara api kekufuran. Kalaulah orang Arab itu berjuang kerana bangsanya maka Islam tidak akan sampai kepada bangsa lain. Tetapi yang paling mulia dalam agama bukan Yahudi dan Arya tetapi yang paling mulia ialah orang yang bertaqwa. Sifat taqwa itu boleh dimiliki oleh bangsa apa sekalipun.

Tidak ada bangsa yang lebih baik dari bangsa lain kecuali bangsa yang lebih bertaqwa. Melayu yang bertaqwa lebih baik dari Cina yang tidak bertaqwa seperti juga Cina yang bertaqwa pasti lebih mulia dari Melayu yang tidak bertaqwa. Oleh itu janganlah kita sensitif atau melenting bila soal kebangsaan disinggung tetapi pejam mata bila Islam dan cara hidupnya diperkecil-kecilkan.

Jaguh pejuang bangsa adalah kerdil dibandingkan dengan pejuang Islam. Sebab itu jaguh bangsa  adakalanya dilupakan tetapi pejuang Islam sentiasa harum namanya dari zaman ke zaman. Kita merasa hairan dengan sebilangan kecil ulama di merata dunia Islam yang telah mengarang banyak kitab-kitab agama (samada kitab tauhid, fekah mahupun tasauf) tetapi melenting dan marah-marah bila adat atau sikap kebangsaannya yang bertentangan Islam ditegur. Merasa megahlah dengan Islam bukan dengan bangsa sepertimana kata Umar ibnul Khattab:
“Mulia Umar kerana Islam bukan kerana Arab.”
Berkata Jaafar bin Abi Talib sewaktu mengadap Najasyi:

"Dahulu kami bangsa Arab adalah bangsa padang pasir yang ganas dan berperang sesama sendiiri. Kami menanam anak-anak perempuan kami, memakan bangkai dan meminum arak. Tetapi datang Nabi Muhammad membawa Islam dan mengubah cara hidup kami kepada persaudaraan dan kasih sayang.”

Jadilah seperti Umar dan Jaafar yang rasa mulia dengan Islam walaupun terpaksa mencaci adat buruk bangsanya.



Ahad, 4 September 2011

Dilema Seorang Orang Yang Sorang



Aku yang sorang....
Hidup sorang...
Buat amende semua sorang...
Berak memang lah sorang..
Lagi pun jamban aku memang memuat untuk sorang jerr..

Aku yang sorang....
Makan Sorang2..
Minum pun , sorang2...
Nak makan dua orang...
Tapi takut tak kenyang....
Aku yang sorang...
Bangun pagi sorang...
Tido pun sorang...
Hajat dihati nak tido dua orang..
Tapi buat sempit bilik pulak karang....

Berjalan sorang2...
berlari pun sorang2...
Bejoging pun sorang2
Ingat nak ramai orang..
Tapi tu, marathon lah korang..

Lepak sorang2.. mimpi pun sorang2...
berangan sorang2.. jiwang pun sorang2...
Pegi bandar sorang2.. balik bandar pun sorang2...
Dah sebulan aku tak kebandar sebab ramai sangat orang..

Semalam aku sorang...
Kini aku masih sorang...
Esok lusa sorang lagi kot...
Tapi, dekat stadium semalam, ramai pulak orang..

Tapi...
Aku bukannya orang-orang...
Aku bukannya orang utan..
Aku juga bukannya orang minyak...
Dan aku juga bukannya orang gila...
Dan aku juga bukanlah orang jahat...
Bukan gak orang kena sawan..
Tapi aku juga orang... macam orang lain jugak
Macam ko jugak lah masa engko sorang dulu !!

Aku tahu...
Aku bukanlah orang berada...
Aku juga bukanlah orang glamer...
Dan aku bukanlah orang ternama...
Walaupun aku hanya orang biasa...
Aku tetap orang...
Aku ingin menjadi gaban
Tapi nak jadi gaban kena gagah..
Tapi gaban tu bukannye hensem pun..
Lagi hensem ultramen..



Dah lah tu, korang pegilah siapkan kerja tu sensorang..
Jangan ingat aku nak tolong korang......
(ditulis oleh USMAN AWANG)

SAHABAT


                                              
                                               Bukan mudah untuk menjalinkan persahabatan
Andainya
Tiada kesefahaman dalam jiwa
Tiada ketabahan dalam hati
Tiada keikhlasan dalam diri
Namun
Apabila terjalin sebuah persahabatan
Yang benar – benar suci dan tulus
Resah duka dikongsi bersama
Riang gembira dirasa seadilnya
Kasih dan sayang dicurah sebaiknya
Kadangkala
Jalinan persahabatan meringankan bebanan
Kadangkala juga
Jalinan persahabatan benar – benar menyeksakan
Tapi
Bagi mereka yang memahami erti persahabatan
Akan menghargai jalinan itu seadanya