BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Ahad, 15 September 2013

SABAH >MALAYSIA??

Assallammualaikum dan salam sejahtera buat semua...

semoga semua sentiasa dalam keadaan sihat sejahtera tanpa diganggu oleh keadaan sekeliling yang menganggu. selalunya keadaan sekeliling lebih banyak memberi pengaruh kepada kita. terutama sekali dalam hal membuat keputusan dan pencetus rasa marah.

16 sep... diistiharkan sebagai hari malaysia. ya... inilah tarikh negara sabah dimasukkan ke dalam negara malaysia lalu dikenali sebagai negeri sabah. tidaklah dapat dipastikan sama ada kemasukan ini secara telus atau tidak. namun yang pasti, tampaknya impak yang dirasai oleh rakyat sabah amatlah besar.

cuma, sebagai anak sabah yang dididik untuk terus menilai tanpa berhenti walau sekejap, berasa agak terkilan bilamana cukup banyak persetujuan yang sebelum ini disepakati ditingalkan begitu saja.

mungkinkah nanti akan terpisah sabah dari malaysia? membentuk satu negara baru, mengusahakan dan memajukan sendiri hasil mahsul negerinya....

terus mencari jangan berhenti...

GULA-GULA DARI PENGUASA

Assallammualaikum dan salam manisnya gula...

apa khabar semua? doanya semua dilindungi tuhan yang menguasai alam, mengatur setiap ketentuan. dan kita sebagai hamba, harusnya sentiasa menghormati tuhan.

baru beberapa hari usia pengunguman bantuan untuk bumiputra didedahkan kepada massa oleh penguasa. ya... nampaknya seperti biasa mengundang pelbagai reaksi dari pelbagai pihak.

sesetengah bumiputra nampaknya cukup gembira bilamana pengunguman dibuat. manakan tidak, itukan satu usaha penguasa untuk memberi kehidupan yang lebih baik buat rakyat bumiputra. rakyat asal yang seharusnya memiliki negara ini.
dan itu persepsi mereka..

tidak kurang juga dan seperti dijangka... laungan rasis, akan mula dikumandangkan. memanglah, sebagai kaum minoriti di negara ini, pasti kan rasa ketidak adilan berlaku pabila hanya satu kaum diberi keutamaan. tambahan
pula bila dikatakan inilah habuan dari sokongan semasa pru dahulu...

ya... tidaklah salah untuk tiap rakyat meluahkan rasa. kerana kita dalam kepompong demokrasi yang "subur". namun kadangkala saya juga berfikir, sampai bila kita mahu digula-gulakan. sepertinya penguasa mahu terus membentuk kaum bumiputra yang terus bergantung pada bantuan penguasa. berpuluh tahun merdeka... berpuluh tahun bangsa ini memegang tampuk kuasa, namun masih kita jua yang terus berada di bawah...

mahu disalahkan petualang? mahu disalahkan parti pembangkang yang memecahbelahkan rakyat? pak, tingalnya bangsa ini bukan kerana lemahnya kita dalam politik ataupun kita kurang kuasa. malahan senentiasa kita berada di atas. kerusi pertama parlimen negara itu kan sentiasa ada bin. dan bin itu merupakan antara simbol bagi kaum yang sering menerima bantuan. kenapa itu..

bukan baru sekali ini bantuan cuba diberi
sudah puluhan kali. namun tiap kali gagal juga hasilnya. kita menanti ketelusan pelaksanaan bantuan. kesaksamaan antara kaum. sudah sampai masanya diajarkan kepada rakyat makna sebenar kata keramat...
"kalau dia boleh, begitu juga aku..."

*terus dikutuk pemimpin samseng..

Selasa, 10 September 2013

LIM : ZAM ; SIAPA KENCING SIAPA

Assallammualaikum dan salam sejahtera tubuh badan...

apa khabar sahabat semua? didoakan semua dalam sihat tubuh badan dan juga saluran pembuangan air kecil. kerana andai saluran itu rosak, maka terpaksa lah air itu keluar dari lubang lain...

13 mei, rusuhan kaum melanda negara. ya... semua sudah maklum.cumanya, teringat kata2 seorang sahabat,
"tidak seharusnya kita mengenang punca berlakunya kejadian itu. seharusnya kita mengenang tarikh itu sebagai satu titik peringatan pentingnya perpaduan lebih dari pentingnya kuasa politik perkauman..."

dan.. muncul pula TENDA PUTRA. filem yang diasuh dan diadun dengan adunan cerita penglipur lara penguasa. tidak kisahlah apa yang berlaku pada cerita ini. tapi saya tertarik dengan isu KENCING.

dikatakanlah itu perbuatan seorang lim kit siang. dan sekarang uang dituduh sudah mahu menyaman penuduhnya. pelik mengapa tidak dilakukan sebelum PRU??

dan yang mahu disaman sekarang tampaknya seperti mahu terkencing.. perlukah rakyat sediakan satu tiang bendera? bendera bersepuh keris mungkin... kalau perlu katakanlah....

saya tertarik, apa cerita sebenarnya. siapa yang betul, siapa yang biol. ya... kali ini kita sekali lagi akan melihat bagaimana undang2 memainkan peranannya...

hehehehehe... mungkin perlukah saya katakan,

UNDANG-UNDANG ITU MILIK MEREKA.....

Sabtu, 7 September 2013

UNDANG2 MILIK MEREKA...

Assalammualaikum dan salam mandi bunga...

Apa khabar saudara semua? moga dalam keadaan wangi semerbak bunga. kerana haruman bunga itu lebih harum dari semburan wangian luar negara ahli politik yang korum durjana menyusahkan warganya...

Hari ini 4 orang ditahan di Kota Bahru dalam demo bbntahan kenaikan harga minyak. tidak berkesempatan bersama mereka, tetap menyokong pendekatan itu. cumanya, penahanan ini menjadi sedikit kekeliruan pada saya... bila diteliti butiran bernama, 4 orang ditahan kerana tidak mahu bersurai. dari 20 orang yang menyerati demo tersebut.
cumannya.... betulkan saya kalau tersilap,

yang dikatakan himpunan di dalam peraturan atau undang2 buatan itu apabila 5 atau lebih orang bergumpul di tempat awam.

jadi bila 4 rasanya tidak. atau sudah ada peraturan yang menyatakan penyebaran risalah menentang kerajaan juga tidak dibolehkan? apa mungkin atas alasan mengugat keselamatan negara? alasan gaya apa itu...

ya, tulisannya orang muda kadang kala sekadar apa yang diketahuinya. maka beritahu seandainya orang muda ini tidak tahu...

*MENCARI SESUATU YANG SUDAH DIJANJI

SEHELAI DUIT DUA ANGKA...

Assalammualaikum dan salam minyak dunia...

apa khabar hidup semua? doanya dari saya semoga sentiasa mandi dan mampu tersenyum selepas mandi.

anda senyum selepas mandi? maknanya hidup anda behagia dan ringan dari masalah.. atau anda murung selepas mandi? mungkin ada yang tidak kena...

hehehe... bila sehelai duit dua berangka mampu mengembirakan anda... terasa bagai semua sudah terpenuhi. namun, bila sehelai duit berangka dua itu tidak mampu menceriakan anda... maknanya anda perlu berusaha lagi...

APALAH MAKNA SEHELAI DUIT BERANGKA DUA PADA PENGUASA....

Jumaat, 6 September 2013

MENTERI, POLIS DAN ORANG TUA...

Assallammualaikum dan salam gumbira buat semua...

mungkin ada yang tidak perasan akan beberapa kejadian kebelakangan ini... Dan ini antara kejadian yang cukup menggelikan hati pencari ini...

hebohlah negara apabila diceritakan seorang tua cuba untuk lari dari carian polis penegak peraturan. dikatalah orang tua itu lari dan bersembunyi tidak ditemui oleh polis berkuasa. tapi itu tidaklah hairan kerana memang terkenal polis sedemikian rupa. pembunuh gadis mongolia pun belum ditemuinya. masakan mahu menjejak seorang tua tidak mampu, dan semakin pelik bunyinya. akhirnya ditahan jualah orang tua, untuk soal siasat katanya. dan berkatalah menteri mengutuk perbuatan orang tua. digunalah selembut bahasa yang menggambarkan kebodohan orang tua. akurlah jua orang tua. walau dikata apa begitu jualah orang tua itu. tidak berganjak walau seinci. digunalah apa yang dikatakan sebagai perlembagaan itu untuk melenyek dan menghentam orang tua itu. dan orang tua itu tetap disitu, percaya apa yang dipegangnya...

apa sudahnya kehidupan orang tua itu? bahasanya mengerunkan menteri. dipasik hidung polis supaya menahan orang tua itu. teringat kisah seorang seniman indonesia, widji tukul. bahasanya membangkitkan semangat rakyat dan mahasiswa. akhirnya hilang tidak ditemui sehingga kini. bagaimana orang tua itu nanti??

*JANGAN BILANG JANGAN KALAU BUKAN JANGAN JAWAPANYA...

APAKAH AQIDAH DIJAGA ALLAH??

assallammualaikum dan salam senyum...

apa khabar semua? moga dalam senyuman ya.....

sekian lama mungkin baru "ditampar" dengan kenyataan...

Allah menjanjikan al quran itu akan sentiasa terpelihara... Namun bukan Aqidah umat itu...

Keliru kan?? saya juga bingung.. mengapa sampai begitu? betul, AL QURAN sumber aqidah umat ini. Tapi apa bisa kita katakan ini atau itu yang terbaik????

TELAH AKU TINGGALKAN KEPADA KAMU DUA PERKARA, SELAGI KAMU BERPEGANG KEPADANYA TIDAK AKAN SESAT KAMU SELAMANNYA. IAITU  AL QURAN DAN ASSUNNAH...

Doa perindu ini, moga dapat apa yang dicari...

*TIDAK PERNAH BERHENTI..

Khamis, 5 September 2013

AIR DAN KERETA KEBAL...

Assalammualaikum dan salam sejahtera semua...

diharap semua sihat.

masih ingat kejadian tumpahan minyak di sungai selangor minggu lalu? akibatnya, kawasan rumah saya juga kering airnya.
makanya terpaksalah bergerak seawal pagi ke masjid negara mengejar air.. sebelum terus ke mid valley untuk it fair... teka apa yang saya jumpa......

hehehehe...

air tiada dituruti hikmah. kurniaan buat mata...