BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Sabtu, 28 Disember 2013

LAFAZ NIAT 31/12/13

Dengan menyebut nama Tuhan yang maha mengatur…
Segala puji bagi Tuhan yang padanya ada sebaik-baik pengaturan…
Selawat dan salam buat Rasul junjungan, pemimpin umat yang dikirim buat mengajar manusia aturan Tuhan…

Salam sayang bahagian buat sahabat semua. Doa saya, semoga semua sahabat beradalam keadaan sihat sejahtera. Di samping keluarga tercinta. Semoga semua perancangan yang dirancang dapat dijalankan dnegan baik dan sempurna. Namun, harus diingat. Dunia ini ada pemiliknya, tatkala kita merancang, ketahuilah bahawa pemilik dunia ini juga sedang mengatur, dan sesunguhnya pengaturan pemilik dunia itu kan lebih baik dan sempurna. Walaupun terkadang kita berat untuk menerimanya, namun pasakkan dalam diri, siapa kita mahu mempersoalkan aturan pencipta???
Beberapa minggu lepas, selepas perbincangan dnegan Puan Pensyarah. Secara spontan pensyarah mengajukan soalan:
“Awak terlibat dengan politik kan?? Pada pandangan awak, apa masa depan politik Malaysia??”
Wah.. tergamam gak, jawapan saya.. politik Malaysia kan berakhir di atas jalan raya… berakhir dengan darah dan air mata. Kalau parti politik dlam Negara terus menerus menari dnegan tarian sekarang. Maka di situ akhirnya politik kita.
Nah, tergamam Puan Pensyarah.. dia pun berkata..
“maksud saya, adakah awak melihat kemungkinan perubahan system politik di Malaysia. Lebih-lebih lagi dari system banyak parti kepada system dua parti..”
Hehehe.. saya lak tergamam.. bagi saya, mustahil. Walaupun ikut ilmu politik gabungan antara PAS,PKR dan DAP sudah boleh dikira sebagai sebuah parti yang membolehkan Malaysia digelar sebagai Negara dengan system dua parti tapi saya masih tidak bersetuju. Antara cirri yang perlu ada dalam gabungan parti adalah memiliki matlamat dan tujuan yang sama. Macam mana mahu katakan gabungan itu memiliki tujuan yang sama sedangkan dasar antara parti cukup jauh berbeda.
Begitu jugak halnya dengan BN. Diangotai oleh pelbagai parti yang dating dnegan matlamat tersembunyi yang berbeda-beda. Jadi bagaimana saya mahu mengakui bahawa itu sebuah parti???
Perbincangan terus berlangsung.. tapi, sehingga kini saya masih terus berfikir apa sebenarnya masa depan politik Malaysia? Dengan keadaan sekarang bila dilihat kerajaan mula mengikut jejak langkah Negara-negara yang tumbang dek revolusi rakyat. Kos hidup melambung dalam masa yang singkat. Terlalu banyak kos dibebankan di bahu rakyat. Dlam masa yang sama kerajaan terus dengan kebangangan melampau. Berbelanja tanpa mengira kemampuan. Namun rakyat diarah utnuk berjimat. Mana pergi akal pemerintah.
Apa lagi harus dipanggil tindakan ini kalau bukan JEMPUTAN BUAT RAKYAT TUNJUK AKSI?? Apakah mungkin dalam keadaan begini rakyat harus terus redha dan menerima dengan hati terbuka?? Sedangkan kerajaan terus menerus membuli rakyat? Itu tindakan bangang rasanya. Apakah mahu ditunggu lagi lima tahun tanpa aksi? Mustahil. Jadi apa yang perlu rakyat buat?? Dalam system demokrasi, rakyat punya hak untuk menyurakan bantahan. Bagaimana??? Tunjukkan rasa tidak setuju. Kerana kerajaan terlalu sombong, maka harus peringatan diberi kepada kerajaan bahawa rakyat tidak setuju.
Masa depan politik Malaysia, bergantung pada gerak tari kerajaan yang memerintah sekarang. Jangan lupa gerak dunia mempengaruhi suasana sesebuah Negara. Kalau sudah kerajaan terlalu bangang dalam tindakan, tidak mustahil demokrasi jalanan menjadi pilihan…


SAHAJA SAYA TURUN PADA 31` DES 2013 BAGI MENUNAIKAN TANGUNGJAWAB SAYA SEBAGAI RAKYAT MEMBERIKAN KESEDARAN KEPADA KERAJAAN TENTANG BEBAN YANG DITANGGUNG RAKYAT DARIPADA TINDAKAN YANG DILAKUKAN KERAJAAN KERANA TUHAN PEMILIK ALAM”

Rabu, 25 Disember 2013

AKU, KERJA dan TUHAN

Dengan menyebut nama Tuhan yang miliknya ilmu kekuasaan…
Segala puji bagi Tuhan yang maha Tahu…
Selawat dan salam buat Penghulu para Nabi, utusan Tuhan akhir zaman…

Salam sayang kerana Tuhan buat sahabat semua… YEN ABAR (apa khabar dalam bahasa BAJAU).. doanya smoga semua dalam keadaan sihat sejahtera dan sentiasa dalam lindungan pencipta. Ketahuilah betapa beruntungnya kita yang sentiasa berlindung dengan perlindungan pencipta. Kerana itulah jua sebaik-baik tempat perlindungan. Atau masih ada yang mahu mencari tempat perlindungan yang lain??? Mesti tidak bukan, maka teruslah memohon perlindungan dari pencipta, jangan terlalu diharap perlindungan manusia.

Begitu cantik aturan Tuhan. Dan sesungguhnya sebaik pengatur adalah Tuhan. ramai orang mengharapkan rahmat dan lindungan tuhan. Namun tidak kurang yang mengejar ganjaran dan pandangan dari manusia. Walaupun hakikatnya mereka sedar bahawasanya manusia itu juga kan makhluk sepertinya. Tinggal saja mungkin makhluk yang dikejar itu memiliki sedikit kelebihan dunia berbanding dirinya.apa rasanya bila ditinggalkan Tuhan? Apakah tuhan akan meninggalkan hambanya(apa layak kita bergelar hamba kepada tuhan?)..
Teringat kata pujangga…
tidak kuhirau andai semua manusia meninggalkanku, namun apalah dayaku andai Tuhan meninggalkanku…”
Apa tandanya tidak dipedulikan tuhan? Apakah kita akan merasakan dunia kita kosong? Atau …
Terdetik di hati… sudah terlalu lama diri tidak berteduh di bawah lembayung rahamat malaikat Tuhan di taman-taman syurga. Mahu katakan tidak punya masa?? Boleh saja.. atau, dek kerana dosa dan maksiat yang terlalu banyak maka diri ini tidak dipilih untuk hadir ke sana? Mungkin diri akan mengotori tempat yang suci itu… berburuk sangka pada Tuhan? Bukan, sekadar menyesali diri, yang begitu kotor sehingga Tidak menjadi pilihan Tuhan untuk berada di sana. Ini hokum alam, kita diberikan setimpal dengan apa yang kita usahakan. Dunia ini kan ladang pertanian..
Bertimpa ujian buat umat kala ini. Tidak kunjung putus. Lepas satu,satu pula yang timbul. Agama Tuhan semakin dipermainkan. Walau sudah banyak peringatan diberikan.  Namun, begitu besar kasih sayang Tuhan, kita masih diberikan peluang. Tapi, nikmat Tuhan masih terus dipersoalkan.
Dan hati ini berbicara…
Tuhan, izinkan saya ke sana. Saya mahu bertemu insane yang MnecintaiNya. Saya mahu merasa rasa cinta kepadaNya. Saya mahu.. walau sekali.. dan saya serahkan perancangan ini padaMu…”


Isnin, 16 Disember 2013

BANGANGKAH atau BENGGONG

Dengan menyebut nama Tuhan Ynag maha pemurah..
Segala puji bagi Tuhan yang Padanya Srgala Ilmu pengetahuan…
Selawat dan salam kerinduan Buat junjungan mulia pesuruh tuhan yang membawa kebenaran yang disebarkan dengan penuh kesabaran…

Apa khabar sahabat semua. Semoga semua masih subur rasa rindu pada apa jua yang dirindu. Percayalah, rasa rindu itu satu keperluan. Tanpa rasa rindu akan kau rasakan hidupmu kosong. Persoalannya mau dituju kemana rasa rindu itu. Pada bungakah, pada kucingkah, pada kayu kah, pada kangkungkah?? Teringat satu bait puisi yang diselitkan ramli awing murshid dalam novelnya “BAGAIKAN PUTRI”… “kala rindu berbisik, rasulnya jadi pilihan…” apa mungkin kita mampu memastikan rindu kita sentiasa buat insane mulia ini?? Hehehhe.. terserah kita. cumanya, sentiasalah merindu. Rindu kepada sahabat atau keluarga. Rindu kepada ilmu atau perjuangan. Rindu pada kehidupan atau kematian. Teruskan merindu.
Selepas dari PRU-13, kelihatan seperti kerajaan, khususnya menteri dan timbalan menteri seperti melepaskan geram yang sudah lama ditahan kepada rakyat. Terlalu banyak kenyataan dan tindakan menteri yang pelik dan …. Teringat kata-kata pujangga, gaya pemimpin mengambarkan gaya pemimpinnya.
Suatu ketika dahulu saya sempat berdiskusi bersama rakan-rakan dalam bab pentadbiran di bawah tajuk “punca kejatuhan kerajaan islam”. Antara isi yang dikupas, sikap dan perangai pemimpin islam kala itu yangs ecara langsung telah mempengaruhi sikap dan tabiiat rakyat. Harus diakui, bila pemimpin gemar berpesta, berpesta akan menjadi kebiasaan rakyatnya. Bila pemimpin gemar berfesyen, berfesyen akan menjadi hobi rakyatnya. Bila pemimpin gemar hiburan, hiburan kan menjadi makanan rohani rakyatnya. Keadaan ini yang berlaku kala itu. Rakyat mualai dilalaikan. Islam mula diabaikan.
Mungkin, menteri-menteri ini bengang kepada penyokong pembangkang yang dikatakan terlalu memainkan isu. Bini PM nak naik jet mewah jadi isu. Bil api rumah PM nak jadi isu. Menteri tersasul pun nak jadi isu. Api naik jadi isu. Tol baru nak naik dah jadi isu. Semua nak jadi isu….
Menteri, mereka itu kan rakyatmu. Hatta yang bergelar penyokong pembangkang pun. Menteri dilantik bukan untuk menjadi menteri UMNO-BN-KRONI. Tapi menteri kepada rakat keseluruhannya. Bukan hanya menjadi enteri UMNO. OPPPPSSSSSS….. saya lupa…. Ini budaya mereka…
Teringat perhimpunan agung UMNO tempoh hari. Seingat saya, UMNO merupakan parti pejuang bagsa, menegak agama, mempertahan Negara. Tapi…. Perhimpunan kali ini berlangsung seperti biasa. Mungkin juga kali ini saya ikuti secara dekat. Tidak ada lagi perbincangan kepentingan bangsa, tidak ada lagi perbincangan kepentingan agama, tidak ada lagi perbincangan kepentingan Negara. Perhimpunan kali ini perhimpunan menuntut jawatan, membahagi jawatan dalam glc. Membangunkan kroni. Mengutuk puak itu dan ini. Bagaimana mampu saya ingin percaya kembali parti ini mampu membela kehidupan saya?

Tidak hairan bila rakyat kecoh bila perangai menteri sedikit bangang dan ada kalanya bengong.  Semoga kehadiran menteri banggang ini mampu memberi sinar kesedaran kepada rakyat tentang reality sebenar politik tanah air yang sudah lama dibiarkan begitu.

Jumaat, 13 Disember 2013

SAYANG, DI MANA DUDUKNYA SAYANG

SAYANG, Di mana duduknya SAYANG…


Sayang,
Sayang bertanya
Di mana duduknya sayang?
Di mata?
Di mulut?
Di hidung?
Di tangan?
Di kaki?
Atau,
Di hati?

Sayang,
Sayang bertanya,
Di mana duduknya sayang?
Pada cakapnya?
Pada lakunya?
Pada pandangannya?
Pada baunya?
Pada langkahnya?
Pada geraknya?
Atau,
Pada nalurinya?

Sayang,
Sayang bertanya,
Di mana duduknya sayang?
Pada diri?
Pada ibu?
Pada ayah?
Pada adik?
Pada keluarga?
Atau,
Pada insane pilihan?

Sayang,
Sayang bertanya,
Di mana duduknya sayang,
Pada bangsa?
Pada daerahnya?
Pada negerinya?
Pada negaranya?
Atau,
Pada dunia?

Sayang,
Sayang bertanya,
Di mana duduknya sayang?
Pada agamakah?
Pada mazhab?
Pada aliran?
Atau,
Pada apa?

Sayang mendengar,
Sayang tersenyum,
Sayang berkata,

Sayang,
Jika begitu diukur sayang,
Maka tiada maknalah sayangmu,
Jangan…
Sayang itu milik semua,
Jangan lebihkan di mana-mana.
Sayang perlu kepada cinta,
Bila bertemu cinta jagalah ia.
Cinta itu boleh dicipta.
Bilah cinta sudah ada,
Sayang kan hadir bersamanya.

Tujukkan cintamu pada pencipta,
Maka,
Sayangmu kan tersebar pada ciptaannya.
Dan sayang,
Di situlah duduknya sayang.


13.12.13
bau ikan



Isnin, 9 Disember 2013

PEREMPUAN

Dengan menyebut nama tuhan yang maha pengasih…
Segala puji bagi tuhan yang melimpah ruah kasih sayangnya…
Salam kemuliaan buat junjungan mulia, insane pengasih yang kasihnya tiada akhir…

Apa kabar kawan2.. doa saya semoga semua sihat saja disamping insane tersayang. Kebelakangan ini (sudah 7 bulan) kepala ini seringkali teringat akan ayat yang perna dibacakan dan dihuraikan oleh seorang sahabat di surau as-salikin kuo lama dahulu. Masa tu pakaian hanya berkain pelekat berbaju merah dan berambut serabut. Mengambarkan serabutnya kepala kala ini. Hehehehhe….


Dijadikan indah pada (pandangan) manusia kecintaan kepada apa-apa yang diingini, yaitu: wanita-wanita, anak-anak, harta yang banyak dari jenis emas, perak, kuda pilihan, binatang-binatang ternak dan sawah ladang. Itulah kesenangan hidup di dunia. Dan di sisi Allah-lah tempat kembali yang baik (surga). (Ali Imran: 14)

Pernah ditazkirahkan kepada saya dari beberapa orang sahabat. Betapa hidup dalam jalan ini kita akan didatangkan dengan ujian yang cukup mencabar. Menurut sahabat itu, bila kita teliti kembali, dicatatkan beberapa cabaran di dalam ayat ini baut para pengikut jalan ini. Antaranya ialah WANITA-WANITA.
Yeap.. wanita.. makhluk tuhan yang dimuliakan oleh islam. Pernah satu ketika dahulu dihinakan sehina makhluk. Diperlakukan seperti bahan dagangan. Bertukar tangan bertukar tuan. Hinga tidak dikenal siapa pemilik anak dalam kandungan. Islam datang kemudiaannya dengan rahmat sekalian alam, membri perlindungan dan kemuliaan. Kepada makhluk ciptaan tuhan.
Soalnya, mengapa dikatakan makhluk ini yang akan menghalang jalan perjuangan?? Sedangkan tidak kurang yang menjadi sayap kiri perjuangan. Membantu suami tersayang berjuang sehingga bertemu titik penghabisan.
Ayat ini menjadi satu peringatan, buat pejuang yang mahukan kebenaran. Supaya jangan dikaburi pandangan hingga terleka dalam perjuangan. Kadang-kadang, kita diberi kurniaan sebagai ujian, sejauh mana ikhlasnya dalam perjuangan. Diberikan wanita yang cantik. Didatangkan wanita yang manis. Apa masih kita tetap dalam perjuangan.
Yang masih boleh istiqomah dalam perjuangan, maknanya dia lebih menginginkan tempat yang baik di sisi tuhan. Malahan mungkin mengharapkan agar pasangannya juga sama-sama menuju ke tempat yang baik.
Namun terkadang ada juga yang jatuh, rebah tersungkur. Tidak mahu, bukannya tidak mampu, tapi tidak mahu bangkit kembali. Dilalaikan oleh keindahan yang sementara. Ini golongan yang rugi dan merugikan. Semoga kita terhindar dari golongan ini.
Saya di mana??? Apakah saya akan tergolong dalam golongan yang dapat menghadapi ujian ini?? Atau golongan yang rebah tidak mahu bangkit kembali. Ya, saya juga pernah rebah. Bukan sekadar rebah, malahan jatuh tergolek bergolek-golek masuk kedalam longkang yang cukup busuk dan hanyir. Hanyut dan dibuai dek hayunan lengok air longkang yang disangka aliran air di syurga. Sedangkan ia air hanyir yang penuh noda. Soalan buat diri saya, apakah tidak mahu bangkit berdiri??

Mereka bertanya, APA PERLU KITA LAKUKAN PADA CABARAN???

Jawapan saya….
“JANGAN lari dari cabaran. Tempuhi, jangan mengelak, rempuh. Bila buntu jangan berhenti, terus maju sambil fikirkan strategi. Berhenti maknanya kau biarkan musuhmu di depan…”

Soal mereka.. ANDAI CABARAN ITU PEREMPUAN???

Jawapan saya…
“JANGAN takut. Diciptakan mereka sebagai rahmat. Pembantu kita dalam kesusahan. Jika sudah bertemu dan benar-benar yakin, PASTIKAN. Kita yang membentuk mereka. Bukan mereka yang mengheret kita.”

Suara hati mereka..
“macam betul je abg ni…”

Bicara hati saya…
“Dik, kalau nak tahu makna hidup, jangan Tanya orang yang selalu Berjaya. Tanya mereka yang pernah gagal… macam saya… sebab kita lebih tahu mengapa kita gagal. Ibarat dalam peperangan. Mengetahui kelemahan musuh itu lebih bermakna berbanding tahu akan kekuatan mereka…”

DAN KAMI SAMA-sama tersenyum…