BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Selasa, 21 Julai 2015

Rahmat Ujian

Dengan menyebut nama Tuhan Yang Maha Mengetahui...
Segala puji bagi Tuhan yang padaNya segala ilmu pengetahuan...
Selawat dan salam buat insan pilihan pimpinan umat akhir zaman...

Salam manja ceria buat sahabat semua.. doanya supaya semua sahabat dalam keadaan gembira dan selesa disanping insan insan tercinta. Juga masih belum lambat rasanya mengucapkan selamat hari raya buat semua...

Ya... manusia tidak akan lari dari dua perkara... Susah.. Senang... perkara ini kan sentiasa berlegar dalam kalangan kita setiap masa. begitu pula diri ini yang semestinya tidak akan lari dari perkara ini. Namun, semuanya bergantung pada kita bagaimana kita mahu berdepan dengan perkara ini. Rahmat ujian... apa kaitannya dengan susah dan senang...

Bagi saya.. ianya datang dalam meadaan yang cukup istimewa.. didalam senang, akan datang Rahmat dan Ujian. Rahmat yang datang dengan.kesenangan itu.akan membawa kepada ujian dari tuhan dalam menilai cara kita menggunakan kesenangan tersebut.

Susah, ujian yang padanya terdapat seribu rahmat yang tersembunyi. Ya, sememangnya susah kan membawa pada susah dan duka bagi sesetengah individu. Namun, bagi yang terbuka mata hati kan melihat susah itu sebagai satu rahmat yang cukup besar. Susah kan datang bersama dengan sabar, syukur,cukup,rajin,tawakkal,tawadhu,istiqomah dan sebagainya. Segalanya.kan datang bersama dengan susah. Maka tidak hairan ada sahabat yang sentiasa melekat di bibirnya satu doa:-

"Wahai tuhanku, jadikanlah aku miskin..."

Bukan maknnya mereka tidak inginkan kekayaan, namun sedar akan hakikat yang akan datang bersama-sama dengan susah tersebut.

Tulisan ini, dihasilkan saat saya berdepan dengan satu keadaan yang cukup menguji diri. Salah satu ujian yang saya kira cukup istimewa. Untuk itu saya mohon doa sahabat semua supaya diberi kekuatan buat saya ntuk terus kuat mendepani ujian ini.
Kalai ini tulisan yang terakhir, saya mohon ampun dan maaf dari semua. Mohon halalkan makan dan minum saya. Tidak ada.yang lain saya minta selain....

Al-Fatehah...