BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Isnin, 23 Januari 2012

BUKU BARU SAYA


Dengan Menyebut Nama Allah Yang Maha Pemurah LAGI MAHA PENYAYANG..
Segala Puji Bagi Allah Tuhan Sekalian Alam…
Selawat Dan Salam Buat Junjungan Mulia Penghulu Segala Anbia Pembawa Rahmat Sekalian Alam…

Asallammualaikum dan salam sejahtera sahabat sekalian…
Apa khabar sahabat sekalian, diharapkan semua dala keadaan sihat dan senentiasa dalam naungan nikmat dan rahmat Tuhan. Kerana seharusnya kita yakini, tanpa rahmat dari pencipta mana mungkn kita mampu menghadapi cabaran dan nikmat yang bakal kita perolehi. Sahabat sekalian, hanya pencipta mampu menjaga dan memberikan apa yang kita inginkan. Yakinlah. Percayalah. Dan…. Senentiasalah bersyukur yakni nyatakan terima kasih anda pada pencipta. Kerana itulah hak pencipta.
Hah.. kali ni nak kongsi isi kandungan dan sikit rngkasan tentang buku yang sudah saya ceritakan  beberapa detik sebelum saya berangkat pulan ke sabah tempoh hari. Seperti yang dijangkakan, buku yang amat menarik. Apa kata kita tengok isi kandungan buku ni:
ISI KANDUNGAN
-          SARAWAK PEMANGKIN KEJATUHAN BN…
-          REBAH SEBAB TAK BERUBAH
-          UMNO MESTI DIKALAHKAN
-          JANGAN BIMBANG JIKA UMNO TUMBANG
-          MENTERI-MENTERI YANG  GAGAL
-          1MALAYSIA JADIKAN MELAYU KELAS KEDUA?
-          JUARA RAKYAT PROGRAM”SYOK SENDIRI”
-          BN = BARANG NAIK
-          PENGUNDI MUDA- KJ PERLU JADI MENTERI
-          ROSMAH PUNCA RAKYAT TOLAK UMNO
-           TUN SITI TAK MENYIBUK
-          PENGKHIANAT JADI PRIMADONA…
-          NAJIB SALAH GUNA STRATEGI
-          PERPADUAN MELAYU UNTUK SELAMAKAN UMNO
-          KOMUNITI PERNIAGAAN JADI PENENTU
-          UMNO PUNCA MELAYU BERPECAH
-          MELAYU HILANG KUASA ATAU UMNO HULANG KUASA
-          DOA FADZIL NOR
-          HANYA JOHOR DAN MELAKA SELAMAT
-          PERKASA- KUASA BARU POLITIK MALAYSIA
-          RETORIK SEORANG PERDANA MENTERI
-          NAJIB BUKAN ‘FIGHTER’
-          NAJIB PERDANA MENTERI TERAKHIR…
-          PENYELESAIAN POLITIK MALAYSIA IALAH KERAJAAN BERTUKAR GANTI
-          UMNO AKAN JADI ‘DINOSAUR’
Isi kandungan yang Insyaallah tidak ada yang tertinggal. Setiap bab dihurai dengan baik. Penghuraian mennunjukka penulis bukanlah “orang sembarangan” dalam dunia politik UMNO. Sesuai dengan diri penulis yang pernah menjadi wartawan di akhbar Mingguan Tanahair, Mingguan Perdana, Watan dan Sidang Pengarang Majalah Backbench, erbitan Kelab Ahli-Ahli Parlimen BN (BNBBC) yang ketika itu dipimpin oleh Datuk Seri Shahidan Kassim.
(ini lah bukunya...)
Insyaallah, jika diberikan kesempatan kita akan kongsikan ringkasan dari buku ni. Bukan tertarik dengan tajuk buku yang memburukkan UMNO, tapi huraian dan isi yang cuba ditamipilkan membawa kita berfikir ke daerah yang cukup asing bagi rakyat melaysia. Tunggu….

Khamis, 12 Januari 2012

BN The End??? UMNO???


Dengan Menyebut Nama Allah Yang Maha Pemurah LAGI MAHA PENYAYANG..
Segala Puji Bagi Allah Tuhan Sekalian Alam…
Selawat Dan Salam Buat Junjungan Mulia Penghulu Segala Anbia Pembawa Rahmat Sekalian Alam…

Asallammualaikum dan salam sejahtera sahabat sekalian…
Sudah lama rasanya tidak berkongsi dalam ruangan ni. Diharapkan semua sahabat dalam keadaan sihat dan senentiasa ceria demi menghadapi hari mendatang. Kerana saya yakin, tidak ada seorang pun dalam kalangan kita hamba yang hina dapat menentukan apa yang bakal kita hadapi di hadapan kita. Untuk itu, cerialah, kerana ceria itu mengambarkan betapa kita Redha akan ketentuan Illahi.
Baru-baru ni, Universiti saya (UPSI) kecoh dengan beberapa siri demonstrasi yang melibatkan banyak pihak. Pelbagai tafsiran dibuat. Pelbagai reaksi timbul dari Mahasiswa, masyarakat sekeliling dan ramai lagi. Ramai juga yang Tanya apa pendapat saya tentang keadaan tu. Erm… mungkin dalam entri seterusnya.. saya akan kongsikan apa sebenarnya yang terjadi.
Kali ni saya nak kongsi sebuah buu yang Berjaya  membukamida saya untuk berfikir lebih dalam setelah otak ni tepu untuk exam minggu lalu. Tajuknya pelik…
            “Tak berubah, faktor Rosmah & pola Sarawak petanda BN The End”
Dengan harga RM20.00, rasanya berbaloi meneliti pendapat penulis yang merupakan ahli UMNO sendiri. Baru baca separuh, tapi dah banyak yang diketengahkan penulis. Saya baru berkenalan dengan penulis ni(melalui tulisan bukunya ja…) namanya, SHAHABUDIN HUSIN. Mungkin ini buku pertamanya. MUNGKIN ya..
Insyaallah bila selesai saya khatamkan buku ni, saya akan memberikan sedikit pandangan kerana seperti ada yang tidak kena dengan buku ni…
HURM…. HURM… HURM…    
Doakan saya sahabat sekalian…

(ini gambar kek... sekadar hiasan)