BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Khamis, 24 Mac 2011

Broery Marantika : Ayah (HQ Audio)

Bismillah, Waalhamdulillah Assolatu A’la Rasulillah...

Assalammualaikum...

Apa kabar sahabat sekalian??? Diharapkan semuanya berada dalam keadaan baik sahaja. Rasanya sudah lama tidak berkongsi idea. Namun, kali ini sekadar luahan hati. Mungkin sudah lama terpendam. Ada sahabat yang mencadangkan, “luahkan.. diharapkan melegakan anda...” lebih kurang begitulah pesannya...

Sebenarnya, rasa rindu pada “BABA”... terpisah sejak kecil dengan BABA. Sebelum kenal akan dunia, BABA berpisah dengan mak. Jadi, memang jarang bertemu. Dalam tingkatan satu, BABA pergi meninggalkan kami selamanya. Walaupun mengenali BABA dalam waktu yang tidak lama, tetapi kerinduan tetap terasa.

Banyak cerita dari orang kampung berkenaan BABA. Yang peliknya, belum ada cerita buruk yang dikhabarkan kepada saya. semuanya baik belaka. Beliau seorang yang baik hati.. beliau ringan tulang.. beliau tiada musuh.. erm.. rasanya kurang sifat tu ada pada saya..

Selalu atok sebelah BABA menegaskan “tengok muka kau, mengingatkan atok pada aruah.” Katanya muka ni seiras dengan aruah BABA(padahal, BABA lebih macho). Allah... rindunya pada BABA.. dah dua kali raya tidak berkunjung ke pusara BABA. Menjadi adat orang di kampung, pusara wajib dikunjingi setiap kali hari raya. Sudah dua kali hari raya, kaki ini tidak berpijak mengunjungi pusara BABA.

Allahhurabbi.. didoakan BABA ditempatkan bersama orang yang soleh.. dilapangkan kuburnya.. terhindar dari azab.. sesungguhnya, hati semakin rindu padanya..

Jumaat, 18 Mac 2011

SIAPALAH SAYA

BISMILLAH, WA-ALHAMDULILLAH ASSOLLAH TU A’LA RASULILLAH...
Assalammualaikum W.B.T
Apa kabar sahabat semua...? setelah sekian lama tidak berkongsi idea dan pandangan, malam ini saya terpanggil untuk berbicara. Setelah sekian lama menyepi. Hidup yang disibukkan dengan kehidupan dunia, disibukkan melayan nafsu. Allahhurabbi..
Teringat pesan seorang sahabat lama, “menjadi orang atasan bukan satu perkara yang mudah. Kita akan diperhatikan. Kita akan menjadi tumpuan. Baik musuh ataupun kawan. Setiap gerak langkah kita akan menjadi teladan dan buah bicara masyarakat. Terpulang pada kita bagaimana cara untuk menjaga PERSEPSI mereka pada kita.” dari peringatan inilah saya membawa ayat “HIDUP MEMBINA PERSEPSI” ayat yang sekarang ini menjadi panduan diri ini.
Sudah menjadi lumrah kehidupan, ada kalanya diri tersilap langkah. Lidah tersilap kata. Mata tersilap pandang. Telinga tersalah dengar. Kesilapan menjadi lumrah manusia. Kesalahan menjadi teman manusia  yang amat setia dalam hidupnya. Hingga terbit perumpamaan, “bumi mana yang tidak ditimpa hujan”. Kesalahan menjadi bayang-bayang kita.
Semua manusia akan bersamanya. Semua manusia akan megalaminya. Persoalannya, bagaimana kita menghadapinya. Bagaimana kita membetulkan kembali kesalahan yang pernah kita lakukan. Bagaimana kita membawa kembali diri yang jauh terpesong ke jalan yang betul. Ini yang seharusnya menjadi ukuran.
Islam sudah menunjukkan jalan. Islam sudah memberikan jalan yang terbaik. Terserah pada kita, sama ada mahu mengikutinya atau tidak.
dalam hidup kita hanya ada dua pilihan. Betul atau salah. Baik atau jahat. Halal atau haram. Lurus atau bengkok. Akhir sekali, syurga atau neraka. Jangan hidup seperti lalang. Jangan jadi seperti telur dihujung tanduk. Hiduplah dengan prinsip.”
Semua manusia akan melakukan kesilapan, begitu juga saya. mohon pada smemua sahabat agar menegur diri ini andai tersilap langkah. Insyaallah, kata-kata yang diungkap akan cuba untuk dilaksanakan.
saya adalah individu yang akan menyokong semua perkara kebaikan. Tapi ingat, andai perkara kemungkaran yang didahulukan, saya adalah orang pertama yang akan menentang.”
ayat di atas diluahkan dalam satu masyuarat satu ketika dahulu. Sekadar peringatan untuk diri yang hina ini. Saya insan yang hina. Saya hina, tapi tidak apabila saya bersama dengan agama saya. maka siapalah saya tampa agama saya..... doakan saya....

Ahad, 6 Mac 2011

binnabil huda UNIQUE.wmv

Rabu, 2 Mac 2011

KARAKTER KEDUA (BERMUKA-MUKA)

Dengan Nama Allah... Segala Puji Bagi Allah... Selawat Serta Salam Buat Junjungan Besar Baginda Rasullullah...
Assalammualaikum...
Apa kabar semua?? Heheheheh... dalam kesibukan melayan karenah manusia yang bergelar mahasiswa, perkongsian ilmu harus diteruskan. Kerana apa?? Kerana inilah saham MLM Akhirat yang amat berharga buat bekalan di sana nanti... (Insyaallah..)
Kali ini, saya ingin berkongsi tentang karakter kedua yang saya ambik dari buku “Watak-Watak Dalam Organisasi”:
Karakter Kedua (Bermuka-Muka)
Menurut buku yang dikaji, watak ini pada awalnya memang sukar untuk dikesan.namun, Insyaallah dia sendiri akan memperkenalkan dirinya pada khalayak organisasi. Manusia jenis ini perlu diberikan perhatian yang maksimum. Manusia jenis ini, di hadapan kita dia akan menyatakan sokongan terhadap gagasan, idea dan cadangan kita. namun, berubah apabila berada di belakang kita. yang lebih teruk lagi, manusia ini akan mengajak individu lain untuk memperlekehkan kita.
Manusia ini akan membawa pelbagai macam kemusnahan dalam organisasi. Perpecahan. Pergaduhan. Dan yang paling teruk, perasaan tidak puas hati antara ahli organisasi. Hal ini akan mengakibatjkan organisasi sukar untuk bergerak menjayakan sesuatu visi dan misi.
Kadangkala manusia ini menjadi posmen tidak bergaji kepda individu tertentu. Setiap perkara yang dibualkan, pasti sampai ketelinga pihak tersebut. Daripada sekecil-kecil perkara, pasti tidak ketinggalan untuk disampaikan.
Nasihat kepada organisasi, manusia ini jika tidak dikawal akan membawa kehancuran kepada organisasi. Manusia ini adalah fitnah besar didalam organisasi. Manusia ini perlu dihapuskan sebelum terlambat. Terdapat pelbagai cara untuk mengawal manusia ini. Antaranya, ketua seharusnya mengenalpasti manusia ini. Kemudian, ketua harus mengikat manusia ini agar dia terikat dnegan ketua. Perkara ini perlu bagi memastikan keharmonian organisasi.
Hah.... cerita berkaitan manusia yang pandai bermuka-muka... semoga perkongsian ini memberikan manfaat buat semua..
“HIDUP MEMBINA PERSEPSI.....”

KISAH SANG KATAK

Dengan nama Allah, Segala puji bagi Allah, dan selawat serta salam buat junjungan besar Baginda Rasullullah....
Assalammualaikum...
Apa kabar sahabat semua??
 Diharapkan anda semua senentisan berada dalam keadaan sihat dan sejahtera disamping orng tersayang. Mengharungi samudra kehidupan cara baru, ternyata menyempitkan lagi waktu saya untuk berkongsi dengan anda semua menerusi laman maya ini. Tetapi tidak mengapa, kita manafaatkan waktu yang ada.
Kali ini, saya ingin berkongsi cerita tentang “KATAK” dengan anda semua. Kisah yang dipetik dari buku “Setengah Berisi, Setengah Kosong” moh kite dengo ape cetenya.
kisah ini mengenai dua ekor katak yang terjatuh ke dalam tempayan susu lembu segar. Dinding tempayan itu licin dan curam. Manakala susu lembu di dalamnya begitu dalam dan sejuk.
‘alamak, bagaimana ni?’ kata katak yang pertama. ‘ini takdir, tidak ada orang yang akan menolong kita. selamat tinggal, sahabatku! Selamat tinggal dunia yang menyedihkan!’ katanya lagi sambil menangis dan akhirnya dia pun tenggelam.
Tetapi katak yang kedua itu terus mengayuh kakinya dan mula berenang. Seskali dia berhenti bagi menyapu mukanya dan mengeringkan matanya yang penuh dengan susu itu.
‘biarlah aku berenang sekejap. Tidak ada gunanya sekiranya seekor lagi katak mati.’
Jadi, si katak pun terus berenang. Selama beberapa jam dia menendang dan berenang itu, tidak sekalipun dia mengeluh. Kayuhan kaki katak yang tidak berhenti-henti itu akhirnya membuatkan susu berubah menjadi mentega, katak itu pun melompat keluar daripada tempayan dan berjaya menyelamatkan dirinya.”
Satu perkara yang membezakan dua ekor katak tadi ialah cara mereka melihat keadaan dunia sekeliling mereka dan bagaimana mereka bertindak terhadapdugaan dan cabaran yang dihadapi. Salah satu unsur penting yang diperlukan bagi menyelesaikan masalah-masalah yang terdapat disekeliling kita, sama ada yang berkaitan dengan pekerjaan, keluarga mahupun masalah peribadi adalah bagaimana kita melihat masalah itu.
Cara kita melihat masalah ini dipengaruhi oleh maklumat secara terus menerus memasuki fikiran kita. sekiranya selama ini, maklumat yang kita dapati, sama ada  melalui bacaan , perbincangan pemikiran ataupun tontonan adalah maklumat  yang bersifat positif, maka kita lebih cenderung  mengambil hikmah daripada masalah yang dihadapi  dan ini membuatkan kita lebih optimistik. Sebaliknya, sekiranya maklumat yang selalu kita terima adalah maklumat yang negatif dan bahan bacaan kebanyakannya terdiri daripada majalah-majalah gosip dan buku-buku kisah cinta, maka sudah tentu ini semua akan melemahkan diri dan pemikiran kita. semua sememangnya mempegaruhi pemikiran kita.
Selain daripada itu, bahagian buku ini juga menegaskan, “gekaran dan keadaan individu tidak menjamin seseorang itu mempunyai cara pandangan yang positif terhadap apa atau sesiapa yang berada disekelilingnya. Kita mungkin melihat rakan sekerja sebagai musuh dan saingan yang membahayakan. Namun, rakan-rakan sekerja juga dapat dapat membantu kita menyelesaikan pekerjaan kita sehari-hari. Oleh itu, buakn keadaan sekeliling  yang menterjemahkan makna ke dalam diri kita, tetapi persepsi kita semasa melihat dan mencari erti perkara itu secara berbeza-beza.”
Kesimpulan yang boleh saya katakan, segalanya bergantung dengan kita. cara kita memandang sesuatu akan mempengaruhi pemikiran kita terhadap perkara tersebut. Makanya, bila kita ingin melairkan sesuatu yang positif pada pandangan orang lain terhadap kita, kita perlu menghasilkan persepsi positif orang terhadap kita..
Sekian dulu...
“HIDUP MEMBINA PERSEPSI...”