BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Rabu, 21 Mac 2012

Buku Biru Saya...


Dengan nama Allah  yang maha pemurah…
Segala puji bagi Allah tuhan sekalian salam…
Selawat dan salam buat junjungan mulia Rasul rahmat sekalian alam…

Selamat sejahtera buat sahabat semua, saya doakan semoga kita semua senentiasa dalam naungan rahmat Allah…
Apa khabar sahabat sekalian? Diharapkan semua sahabat senentiasa dalam keadaan ceria, yakin dan semestianya senentiasa tenang. Kerana seperti yang saya katakana dalam post sebelum ini, semestinya ketenangan ini perlu dan amat penting. Sedar atau tidak, ketenanga itulah yang mampu membawa kepada keyakinan kita dalam melakukan kerja dan tugasan seharian.
Baru-baru ini saya berkesempatan bertandang ke kota raya kuala lumpur bersama dua orang sahabat. Dengan berbekalkan sedikit duit poket yang hanya cukup untuk tambang pergi balik dan makan. Namun saya akhirnya tumpas apabila sahabat saya mengajak saya bertandang ke salah sebuah kedai buku yang amat saya takuti di KLCC. Natijahnya, satu lagi buku menjadi koleksi periadi saya…
TEORI DOMINO: PRU 13 BN TUMBANG
Buku yang amat menarik. Huraian yang bersandarkan kepada fakta yang jelas. Didokong pula oleh teori yang bernas. Sesuai dengan kelayakan akademik yang diiliki oleh penulis.
Biografi penulis:
“Haji Wan Abdul Rahman wan Abdul Latif, bekas ketua jabatan sains politik Universiti Kebangsaan Malaysia yang kini menjadi Pengarah Penyelidikan PAS Pusat. Beberapa esei yang terpancar dan berserakan  dalam pelbagai makalah dan akhbar kami himpunkan untuk menjadi tatapan anda semua, juga untuk generasi mendatang. Tulisan penulis mapan ini yang pernah diasuh dengan euphoria ilmu di Universiti Monash dan Oxford, menganalisis pergolakan politik semasa, membedah kekuatan gerakan islam dalam persaingan demokrasi, mengartikulasi dasar-dasar kerajaan yang tidak mesra syariat, merespon isu-isu yang merencahi perjalanan politik kontemporari Negara ini, juga melumasi perkembangan politik pasca PRU 12 yang sangat mencabar samada kepada BN dan juga Pakatan Rakyat. Tulisan beliau dengan idiom-idiom Sains Politik diluncur dengan kilasan bahasa yang sangat menarik, tidak pelik kerana Wan Abdul Rahman adalah sosok yang diasuh dalam bidang disiplin Sains Politik secara formal dan menggodam marabahaya di samudera politik secaralangsung semenjak menjadi penjawat awam lagi.”
Buku yang amat menarik. Insyaallah, jika berkesempatan dalam post yang akan datang saya akan memberikan gambaran dari bacaan yang sedang saya lakukan. Mohon doa sahabat sekalian.