BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Isnin, 31 Mac 2014

DATARAN MERDEKA titik mula MALAYSIA

Dengan menyebut nama Pencipta yang Pengampun...
Segala Puji bagi pemilik sekalian alam yang padanya segala pengaturan...
selawat dan salam buat insan mulia, penghulu sekalian manusia...

Salam sayang seisi alam buat sahabat semua. didoakan semuanya dalam keadaan sihat dan bahagia disamping insan yang disayang. dijemput kawan semua, mari bersama-sama kita beringat bahawasanya seisi alam ini kan musnah jua akhirnya.

(DI SINI mereka Memula langkah)
Ya, itu sudah janji pencipta. siapa tahu dataran merdeka? sebenarnya dataran ini tersimpan ribuan rahsia yang tdak diketahui umum kecuali sebilangan orang. di dataran ini pelbagai sejarah tercipta. di dataran ini penguasa menunjukkan taringnya. di dataran ini rakyat menujukkan kuasanya.

apakah anda tahu?? di dataran ini juga, PERISTIWA itu akan bermula....

Jangan Sayang Aku...

Saya Perindu Setia....




Jangan,
Jangan sayang aku,
Jika hanya kerana kalam bicaraku,
Kerana suatu hari nanti,
Mulut ini tidak akan mampu
Lagi berbicara…

Jangan,
Jangan sayang aku,
Jika hanya kerana lirikan mataku,
Kerana aku tidak biasa menjanjikan,
Mata ini kan sentiasa melihatmu…

Jangan,
Jangan sayang aku,
Jika hanya kerana gerak laku tubuh
Yang membuatmu berasa senang,
Kerana kau juga tahu,
Satu hari nanti,
Tubuh ini kan kaku.
Jangan,
Jangan sayang aku,
Jika hanya kerana kebaikan
Luaran yang mampu kau nilaikan,
Kerana terlalu banyak kejahatan
Yang aku sembunyikan…

Jangan,
Jangan sayang aku
Jika hanya kerana aku
Mampu membuatmu tertawa,
Kerana pasti satu hari nanti,
Aku kan membuatmu
Menangis…

Sayang,
Di mana letaknya,
Sayangmu,
Kerana apa sayang,
Mau apa sayang,
Kemana sayang,
Bagaimana sayang,
Jawapannya ada padamu.

Namun,
Amanahku,
Biarlah sayangmu kerana pencipta,
Kerana itu kan membuatmu
Mampu menerima

Baik dan burukku…

Ahad, 30 Mac 2014

Bukit Ampang Hangus...

Dengan menyebut nama Pencipta Yang Pengasih…
Segala Puji Bagi pemilik Sekalian Alam yang Maha Penyayang…
Selawat Dan Salam Buat Pesuruh Agung yang Rela mengorbankan Diri Demi Insan yang Tidak pernah pun ditemu…

Salam sayang semut diucapkan buat sahabat semua. Mengapa semut? Kerana semut tiap kali mereka bertemu mereka akan melakukan ritual sayang sayang. Agak comel. Dan, nyatanya mereka cukup berkasih sayang sesama mereka. Mengapa manusia tidak boleh begitu? Apakah kerana mereka semut yang kecil maka tidak perlu untuk diikuti? Apa kerana kita terlalu sombong untuk mengambil pengajaran? Hehe….
Kebelakangan ini sering kali terdetik di fikiran, sampai kapan umat ini akan terus begini. Ya, bukan kuasa kita untuk mengubahnya. Namun sudah menjadi tangungjawab kita untuk bersama-sama mengubahnya. Itu semua orang sedar dan tahu. Namun, terlalu banyak kaedah yang boleh digunakan untuk mengubah umat ini. Kaedah mana pula yang terbaik?? Tarbiah, Daawah, siasah?? Baitul muslim?? Ai, itu bab kahwin.. tapi, masih mampu menyumbang kepada kebaikan umat kan..

(Bukit ampang Mengkali.. Nda tau siapa punya pic...)

Sempat berbincang dengan dua orang sahabat, bersaksikan keindahan bukit ampang. Apakah sebenarnya cara terbaik yang harus dilakukan oleh umat kala ini. Berbagai topic yang timbul. Namun, kesimpulan dari kebanyakan topic yang dating, termasuk la topic Baitul muslim hanya satu penyelesaian… Ubah diri sendiri terlebih dahulu. Dengan berbekalkan dalil…

“Hai orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka, yang bahan bakarnya dari manusia dan batu, penjaganya malaikat yang kasar, keras, lagi tidak mendurhakai Allah terhadap apa yang diperintahkan-Nya kepada mereka dan selalu mengerjakan apa yang diperintahkan”.(Qur’an Surat 66 (At-Tahrim): ayat 6)

Maka bersepakatlah, bahawasanya perlu kepada pembentukan diri terlebih dahulu untuk menjadikan umat ini lebih mantap. Nyatanya perbincangan itu tidak berakhir dengan kesimpulan itu. Timbul pula persoalan, bila baru kita dikatakan bersedia? Apakah mungkin ketika kita sedang memelihara diri dari api neraka itu maknanya kita tidak lagi perlu untuk mengajak insane lain untuk mendekati tuhan??
Satu persepsi yang salah, nayatanya ia harus berjalan seiring. Membentuk diri menjadi insane yang mengenal dan taat kepada Tuhan dalam masa yang sama jangan ditinggalkan orang sekeliling. Mengapa, kerana setiap kita harus menunaikan hak saudara kita di sekeliling. Harus difahami maksud ayat di atas. Menjaga diri dalam masa yang sama menjaga keluarga. Islam satu agama yang cukup indah. Setiap umat itu disatukan dalam ikatan lafaz syahadah yang menjadikan kita semua bersaudara. Jadi menjadi tanggungjawab kita untuk memastikan semua saudara kita sentiasa terhindar dari api neraka. Tidak begitu??
Kembali kepada menjaga diri, atau menghindar diri dari api neraka. Jelas ramai yang akan binggung bilamana berhadapan dengan ayat ini. Jaga yang bagaimana? Apakah mungkin kita harus mengurung diri bagi mengelakkan diri berdepan atau bergelumang dengan dunia yang penuh ujian kala ini? Insyaallah akan dihuraikan dalam entry yang berikutnya….



Sabtu, 29 Mac 2014

DAJJAL

Dengan menyebut nama Tuhan yang maha Perkasa
Segala puji bagu Tuhan yang padanya segala kekuasaan…
Selawat dan salam Buat junjungan mulia, Rasul yang cinta pada umatnya sesunguh hati..

Salam kecintaan buat sahabat semua…
Senentiasa didoakan agar semua berada dalam keadaan yang bahagia. Menagih kasih pencipta. Ya.. kita semua penagih, pencandu dan pemabuk. Namun, kita masih boleh memilih kita ini penagih dari jenis mana. Bingung kan? Kita masih diberi pilihan untuk menjadi penagih jenis mana. Begitulah ihsan Tuhan. Masih kita diberi peluang untuk memilih. Tidak kita diciptakan seperti robot yang sistemnya sudah ditetapkan tanpa boleh diubah. Penagih, pencandu atau pemabuk bagaimana kita? Terserah kita ntuk memilihnya.
Terpaku dengan Video ini. Bagaimana kesediaan mereka, keredhaan mereka menghadapi situasi yang menimpa. Apa mungkin kita kan mampu untuk menjadi seperti mereka, masih mampu mendoakan orang lain. Pergantungan seratus pratus dengan pencipta yang cukup menakjubkan. Tidak ada yang lain diperlukan selain Allah.

Sahabat semua, kebelakangan ini heboh seketika diceritakan dan diberitakan tentang tanda-tanda kehadiran dajjal semakin hampir. Kita semakin hampir dengan zaman yang dikatakan sebagai zaman fitnah dajjal.hakikat yang sekian lama didendangkan, diceritakan dan disampaikan. Itu merupakan janji Tuhanmu. InsyaAllah itu sudah pasti akan berlaku. Akan sampai satu masa perkara itu akan terjadi. Namun, apakah mungkin peringatan dari kekasih agung itu sekadar untuk disampaikan? Sahabat sekalian, kasihnya pencipta kepada kita. Ditinggalkan pesanan kepada kita supaya kita semua senentiasa bersedia ntuk menghadapi keadaan itu nanti.
Persoalannya, apakah kita bersedia? Menghadapi zaman yang kucar kacir. Zaman ntuk kita membuat pilihan. Kita berhak membuat pilihan. Kerana itu hak eksklusif yang dikurniakan pencipta kepada kita. Namun, bagaimana kita kan membuat pilihan? Semuanya bergantung kepada keimanan kita. Semakin tinggi keimanan kita, semakin dekat pilihan yang kita lakukan menuju Pencipta.
Analogi yang mudah. Saat itu sesiapa yang berharta dia mampu memiliki segalanya. Bagi orang Islam, Saat itu, keimanan dijadikan sebagai cagaran yakni duit. Analoginya jika kita ke pasar, semakin besar ikan semakin mahal harganya. Untuk membeli ikan yang berkualiti, kita memerlukan duit yang banyak. Begitu juga masa itu. Untuk membuat pilihan yang mendekatkan kita dengan Pencipta, yakni menagih tangga-tangga syurga yang lebih tinggi, kita memerlukan “DUIT” yang banyak.

Jangan terlalu dipersoalkan bila akan berlaku. Cukup kau yakini ianya akan berlaku dan kau mesti bersedia untuk menghadapinya. Terlalu asyik mengejar bila akan berlaku risau nanti kau kan hanyut dan terlupa untuk mempersiapkan diri menghadapi keadaan itu nanti. Keimanan dan keyakinan atas ingatan dari kekasih agung yang mengingatkan kita saat itu akan tiba. Yakin dan percayalah saat itu akan tiba. Jangan persoalkan adakah akan tiba. Sudah berbicara kekasih agung, saat itu akan tiba. Tidak salah mahu mencari atau mengkaji bila kejadian akan berlaku. Atau mencari di mana akan bermula. Atau menilai siapa yang akan terlibat. Namun, bilamana usaha itu membuatkan kita lupa untuk bersedia rasanya perlu dijauhkan usaha itu. Yakin saja ianya akan berlaku. Dan persiapkan diri ntuk berhadapan dengan keadaan itu. Kerana itu sudah janji Pencipta.

Khamis, 27 Mac 2014

BABINYA PENDOSA DARI BABI


Dengan menyebut nama Tuhan Yang Maha Mulia…
Segala Puji bagi Pendipta yang Menciptakan semuanya…
Selawat dan salam buat junjungan mulia, yang mengorbankan diri ntuk kebahagiaan semua…

Malu ntuk diungkapkan kata-kata di atas. Lafaz kalimah suci yang keluar dari mulut pendosa yang di hatinya penuh dengan dunia. Lafaz keramat yang kerluar dari mulut yang penuh dengan tahi dan lendir busuk. Lafaz doa yang tidak layak ntuk diungkap dengan mulut yang senang meneguk nikmat dunia. Mulut seorang pendosa…


SAYA SEORANG PENDOSA

Saya seorang Pendosa.
Kerja saya melakukan Dosa.
Kerja yang sebenarnya mempertikaikan kuasa Pencipta.
Mungkinkah Saya lupa 
Pencipta pemilik segalanya?
Mungkinkah saya lupa, 
sudah ditetapkan mana yang betul mana yang salah??
Mungkinkah saya lupa 
ada batas sempadan yang harus dijaga??
Mungkinkah saya lupa,
saya kan sentiasa perlu memilih
syurga atau neraka,
Akhirat atau dunia,
Khyalan atau kekasih mulia dan Penciptanya?

Ya, saya seorang pendosa,
Mencipta dosa mungkin ntuk bekalan,
Bekalan supaya saya kan menjadi kayu bakaran api di sana.
Pendosa yang cuba ntuk memakai baju Penciptanya,
Pendosa yang sewenangnya mempertikaikan kemampuan Penciptanya.
Pendosa yang di hatinya penuh dengan lendir busuk berbau tahi,
Gelap gelita tanpa ada sedikit ruang ntuk bersama Penciptanya...

Ya.. saya seorang pendosa,
yang terlalu sibuk dengan dunianya,
yang terlalu asyik mengejar nikmat sementara,
mencandu syurga dunia hanya kerana nikmat yang dirasa seperti syurga.
Berenang  dalam lautan khyalan ciptaan mengasyikkan,
Mabuk kekenyangan meneguk air keriangan,
Terbang tinggi cuba ntuk mengecapi nikmat teratas dunia.

Ya.. saya seorang pendosa,
Terus-terusan melakukan dosa,
Dikumpul dosa-dosa agar nanti,
Kan tetap bersama TEMAN SEJATI,
Teman yang menjanjikan padanya syurga dunia,
Teman yang menghampar permaidani
Indah,
Ntuk dilalu dalam mencipta lebih banyak dosa,
Supaya nanti kita kan bersama di SANA.
Katanya…

Ya… Saya seorang pendosa..
Yang sentiasa mencari jalan,
Ntuk menghalalkan dosa yang dicipta,
Dicari hujjah agar manusia kan mampu menerima,
Tapi lupa akan keesaan pencipta.

Ya… saya seorang pendosa..
Pendosa yang cukup gemar bergelumang
Dengan najis dan tahi,
Berkubang layaknya seekor babi,
Menjilat bontot sendiri seperti anjing kurap
Yang nyatanya mereka berdua
Lebih mulia…

(Mereka lebih mulia...)
Ya… Saya seorang pendosa…
Semalam..
Hari ini…
Esok…
Saya masih seorang Pendosa
Yang dinanti Pencipta
Dinanti ntuk dicampakkan ke dalam
NIKMAT yang dikejar
Di dunia…
SAYA SEORANG PENDOSA…

Pendosa Terhina
28 maret 2014

Pusat ciptaan dosa