BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Sabtu, 24 Ogos 2013

PKR SABAH DAN KETUA BARUNYA...

Assalammualaikum dan salam sejahtera...

dalam sibuk2 mencari dunia, diri masih terpanggil melihat senario siasah (politik) di tanah tumpah darahku... yang terbaru, PKR sebagai parti pembangkang yang besar di sabah hari ini mendapat ketua barunya.. ya... itu tidaklah salah. malah itu hak pimpinan PKR menentukan siapa kawan siapa lawan.

cumanya, sedikit terkilan bilamana pempmpin senior PKR sabah dikebelakangkan dan didahulukan yb yang melompat untuk menyelamatkan masa depannya...

ya... itu juga tidak salah... cuma... apa yang dibuat itu kan satu didikan. satu teladan.. dan mungkin tidak salah dikatakan satu sejarah yang akan dijadikan teladan. cukuplah rasanya pempmpin berkepala REJIM didalam PR.

ya... akhirnya kan rakyat yang merasa....

tahniah pimpinan baru PKR SABAH...

Khamis, 22 Ogos 2013

Negara Orang Gila...

Assallammualaikum dan salam sejahtera buat sahabat semua....

didoakan semua dalam sihat sejahtera.. tengah duduk terpaku di kerusi kayu, saya bertemu dengan puisi ini.. menarik dan memikat. namun tidak tahu siapa penulisnya. mungkin ada sesiapa yang tahu, beritahu pada saya. mahu bertemu dengan penulisnya.....

terpikat dengan ceritanya yang mengambarkan cerita negara yang pernah saya tahu.. ceritanya begitu.. dan kita mungkin salah satu dari watak pelaku...
cuba lah baca kalau punya masa...


ini cerita purba lama..
di kala puisi ini di baca, ia sudah menjadi lagenda..
di sebuah negara bangsa, yang hanya tinggal nama..
sebuah kisah yang sudah mengubah sejarah
pada hari raja dan bendahara sudah pun tiada
hanya tinggal kenangan, sebuah kerajaan yang keguguran

suatu tika..
ketika sang raja melata dengan bangganya,
konon, mencemar daulat, menziarahi rakyat..
maka sekelian rakyat, dikerah penat..
sang raja dihidang bukan sebarangan..
agar istana terus muliakan,
lantas ditulis kata ‘raja berjiwa hamba’

tampillah seorang rakyat yang penuh nekad..
kata penjaga: jangan hampiri duli raja!
…kamu hanya rakyat biasa, tiada pangkat, tiada nama
Jawabnya: tapi aku rakyat yang punyai hajat!
terus sahaja dia ke hadapan, tidak dapat ditahan..
dengan penuh takwa di dada dia berbicara:
Wahai sang raja! Hati apakah saudara?
tergamak membina istana harga ratusan juta laksa..
ketika rakyat hidup penuh sengsara..
tatkala kami membilang-bilang suapan harian,
anak-anak yang hendak diberikan makan..
pakaian keperluan yang wajib disediakan..
dengan penuh lelah dan susah..
bayaran sekolah dan madrasah..
harga makan yang melambung..
atap bocor yang belum ditampung..
lantai berbunyi yang makin canggung..
anak ramai yang hendak ditanggung..
malang sekali…
khazanah bumi yang patut dikongsi..
dihabiskan untuk istana sang duli..
dipotong segala bantuan dan subsidi..
untuk kerakusan nafsu berahi..
duli-duli dan menteri-menteri..
pengampu-pengampu di sana-sini..
syaitan atau sultan, bendahara atau buaya..
nampaknya sama sahaja..
menteri atau pencuri,
pengampu atau penyapu..
sudah tiada bezanya..
terus berfoya dengan harta negara..
sedangkan…
keringat kami tidak pernah berhenti..
airmata kami terus mengiringi..
derita ini terus kami warisi..
ketika kemewahan raja dan bendahara..
dilapor dalam berbagai riwayat berita..
kisah duka rakyat, siapakah yang mempedulikannya?
Aduhai celakanya…
dalam sengsara rakyat jelata..
kalian tambah istana dan kota..
sedangkan yang lama masih boleh diguna..
rumah buruk kami pula, siapa yang akan bina?
apakah jenis manusia? apakah jenis raja, begini rupa?
apakah jenis memanda dan bendahara…
yang sanggup bersekongkol dosa?!

Maka murkalah sang raja..
“derhaka! kamu menentang beta!
beta penjaga agama, jangan sebarangan bicara!”
titah mengadap ahli fatwa, supaya hukum dapat diguna..
kepada penderhaka yang menentang kesucian kita
panggil setiap yang patut, tangkap dia atas nama penghasut!

maka bersuara ahli fatwa:
..atas nama agama kita, hai orang desa,
kamu rakyat derhaka yang berdosa..
menurut hukum tuhan, raja mesti dimuliakan..
tiada engkaran, tiada soalan..
hanya kata: menjunjung titah, tanpa bantah!

Hairan sang rakyat, seraya berkata: kamu siapa?
Sanggup kamu membela dosa mengguna nama agama?
Jawabnya: kamu ternyata hanya orang biasa..
tidak kenal orang berkedudukan mulia..
ana sang mufti yang dilantik duli..

Berkata sang rakyat: aduhai, malang sekali kamu sang mufti,
Tidaklah kamu dikenali, tidaklah kamu diperduli..
Dengan nama Rabbul Izzati, aku ingin kau beri erti,
apakah tugas anta selama ini?

Terkedu sang mufti, jantung berdegup
Tapi..terpaksa disahut:
Ya! Kerja kita membela baginda raja..
agama Tuhan kami guna,
siapa derhaka kami hukum dosa,
siapa terima, kami janjikan syurga..
setiap keramaian yang diada..
kami puja, kami dewa sang raja..
dengan doa-doa yang dicipta..
atas mimbar jumaat,
ataupun di majlis tarian memikat..
rakyat mengamin, kami menjamin..
maka duli tidak perlu diri dicermin..
kami kata tuanku sekelian sebaik-baik pemimpin..

kata sang rakyat: wahai sang mufti!
jika kau pernah mengaji,
jika kau tahu firman ilahi,
jika kau faham sabda Nabi..
apakah hukum istana ratusan juta harga atas derita jelata?
Jelaskan, halal atau haram wang yang dicengkam?
jawab sang mufti: hukum itu tiada dalam agama, jangan ditanya!
katanya pula: apakah hukum rakyat yang tidak bercermat?
dengan cepat mufti menjawab:
dia berdosa, tempatnya dalam neraka..

maka baranlah sang rakyat, bangkit dengan semangat,
diasak terus sang mufti dengan sindiran bertubi:
ketika duli pergi berjudi,
habis dibelasah wang negeri,
apakah fatwa kau sang mufti?
Ketika duli mabuk arak,
habis agama berselerak,
di mana mufti terletak?
ketika raja bersenda berpoya,
habis jadi cerita rakyat jelata,
ke kota sini dan ke sana,
wang negara enak dibelanja,
sang mufti kau di mana?

Marahlah sang mufti kesayangan duli:
Diam! Derhaka hukumnya haram!
sang raja penjaga agama,
mereka payung kita,
jangan dipersenda, itu satu dosa..
mati mereka kami adakan upacara doa..
ramai yang akan membaca..
imam-imam besar dibayar..
pahala-pahala akan dihantar..

sang rakyat masih baran:
wahai mufti pilihan!
apakah Tuhan menerima pahala bacaan
dari upah wang rakyat yang dimakan?!
aku sekali lagi ingin bertanya:
Apakah hukum istana,
yang dibina atas airmata rakyat jelata?

Titah Raja: Panggil menteri, hukum si degil ini!
dia cuba menghasut rakyat dan negeri!
tidak hormati mufti, dan kesucian duli-duli..

datanglah menteri dengan pantas:
“kau penderhaka, kau pengganas,
mesti ditangkap, mesti diberkas,
agama pun dah kata kau berdosa,
maka kau dihukum tanpa perlu dibicara..

berkata sang rakyat yang dihina,
sambil tunduk dengan airmata:
aku kenal Tuhan, agamaNya, juga negara,
bukan seperti yang kalian dusta..
agama bukan untuk melindungi dosa raja,
agama bukan untuk mempertahan noda penguasa
agama bukan untuk menzalimi rakyat jelata,
agama bukan untuk penindasan orang bawahan,
agama Tuhan untuk keadilan sekelian insan
Tuhan lagi membicarakan hamba-hambaNya,
setiap pahala dan dosa ditimbang seadilnya,
bagaimanakah aku disalah tanpa mahkamah?
Apakah kamu melebihi Tuhan Yang Maha Rahmah?

Sekali lagi aku bertanya:
apa hukum membina istana dengan sengsara rakyat jelata?
aku datang dari desa yang dihimpit berbagai perit,
aku datang dari keluarga yang rendah tanpa mewah,
mengira setiap belanja dan harga,
mengundi setiap barang yang dibeli
menunggu setiap detik kehadiran gaji,
apabila aku bertanya kemewahan istana dan pembesarnya,
harta para penguasa bangsa dan kuncu mereka
dari wang negara dan harta kita,
lalu kamu menyebut tentang dosa dan derhaka..
kalian dan raja memang menempa neraka..
dan sedang meruntuhkan negara..
atas derita kami rakyat yang sengsara...

maka, ditangkaplah wira rakyat,
tiada siapa yang mampu menyekat..

kendati, dia dilupa,
dihukum tanpa bicara..
namun puisi ini, tetapi merakam memori,
untuk pertiwi yang disayang,
juga wira yang tidak didendang..

Tuhan tidak akan lupa,
setiap kezaliman ada balasannya,
harga istana yang dibina, akan tetap dibicara,
wang rakyat yang ditelan, tetap dipersoalkan,
Di Mahkamah Tuhan Yang Maha Memberikan Keadilan!

2/7/10,
Penang.


*tajuk tiada kaitan....

Deklarasi Amman

Berikut adalah terjemahan DEKLARASI AMMAN (AMMAN MESSAGE)atau disebut juga sebagai RISALAH AMMAN.
Raja Bani Hashim Jordan Raja Abdullah II ibn al-Hussein
Risalah Amman dimulai sebagai deklarasi yang di terbitkan pada 27 Ramadhan 1425H bertepatan dengan 9 November 2004  oleh Duli Yang Maha Mulia  Raja Abdullah II bin al-Hussein di Amman, Jordan.
Risalah Amman  bermula dari penyelesaian terhadap persoalan  tentang manakah yang  “Islam” dan mana yang bukan (Islam), aksi  mana yang merepresentasikan Islam dan mana yang tidak (merepresentasikan Islam). Tujuannya adalah untuk memberikan kejelasan kepada dunia moden tentang “ISLAM YANG BENAR” dan“KEBENARAN ISLAM”.
Untuk lebih menguatkan lagi asas otoriti keagamaan pada pernyataan ini, Raja Abdullah II mengirim tiga pertanyaan berikut kepada 24 ulama senior dari berbagai belahan dunia yang merepresentasikan seluruh Aliran dan Mazhab dalam Islam :
1. Siapakah seorang Muslim ?
2. Apakah boleh melakukan Takfir (menuduh Kafir) ?
3. Siapakah yang memiliki haq untuk mengeluarkan fatwa ?
Dengan berlandaskan fatwa-fatwa ulama besar, termasuk diantaranya Syeikhul al-Azhar,  Ayatullah Ali as-SistaniSyeikh Dr. Yusuf  al- Qardhawi, maka pada Julai tahun 2005, Raja Abdullah II mengadakan sebuah Persidangan Islam Antarabangsa  yang mengundang 200 ulama terkemuka dunia dari 50 negara. Di Amman, ulama-ulama tersebut mengeluarkan sebuah panduan tentang tiga isu fundamental (yang kemudian dikenal dengan sebutan“Tiga Poin Risalah Amman”.
Persidangan Islam Antarabangsa di Amman, Jordan pada 4 Julai 2005 yang dipengerusikan oleh Raja Jordan Raja Abdullah II
PERNYATAAN SIKAP
PERSIDANGAN ISLAM  ANTARABANGSA
Persidangan  ini diadakan di Amman, Jordan, dengan tema  “Islam Hakiki dan Peranannya dalam Masyarakat Moden” (27-29 Jumadil Ula 1426 Hijrah / 4-6 Julai 2005 Masehi)
Bismillahir-Rahmanir-Rahim
SALAM DAN SALAWAT KE ATAN JUNJUNGAN BESAR  BAGINDA NABI MUHAMMAD  SAW DAN KELUARGANYA YANG SUCI
“Wahai manusia, bertaqwalah kepada Allah yang telah menciptakan kalian dari satu jiwa…” (Al-Nisa’; 4:1)
Sesuai dengan fatwa-fatwa yang dikeluarkan oleh Imam Besar Syeikh al-Azhar, Ayatollah Sayyid Ali al-Sistani, Mufti Besar Mesir, para ulama Syiah yang terhormat (baik dari kalangan Syiah Ja’fari mahupun Zaidi), Mufti Besar Kesultanan Oman, Akademi Fiqih Islam Kerajaan Arab Saudi,  Dewan Urusan Agama Turki,  Mufti Besar Kerajaan Jordan dan para Anggota Komiti Fatwa Nasional Jordan, dan  Syeikh Dr. Yusuf al-Qaradawi;  Sesuai dengan kandungan pidato Duli Yang Maha Mulia Raja Abdullah II bin al-Hussein, Raja Jordan, pada acara pembukaan  persidangan;
Sesuai dengan pengetahuan tulus ikhlas kita pada Allah SWT; Dan sesuai dengan seluruh makalah penelitian dan kajian yang tersaji dalam persidangan  ini, serta seluruh diskusi yang timbul darinya; Kami, yang bertandatangan di bawah ini, dengan ini menyetujui dan menegaskan kebenaran butir-butir yang tertera di bawah ini:
(1)  Siapa saja yang mengikuti dan menganut salah satu dari empat mazhab Ahlus Sunnah (Syafe’i, Hanafi, Maliki, Hanbali), dua mazhab Syiah (Ja’fari dan Zaydi), mazhab Ibadi dan mazhab Zhahiri adalah MuslimTidak diperbolehkan mengkafirkan salah seorang dari pengikut/penganut mazhab-mazhab yang disebut di atas. Darah, kehormatan dan harta benda salah seorang dari pengikut/penganut mazhab-mazhab yang disebut di atas tidak boleh dihalalkan. Lebih lanjut, tidak diperbolehkan mengkafirkan siapa saja yang mengikuti akidah aliran pemikiran Islam Asy’ari atau siapa saja yang mengamalkan tasawuf (sufisme). Demikian pula, tidak diperbolehkan mengkafirkan siapa saja yang mengikuti pemikiran Salafi yang sejati. Sejalan dengan itu, tidak diperbolehkan mengkafirkan kelompok Muslim manapun yang percaya pada Allah, mengagungkan dan mensucikan-Nya, meyakini Rasulullah (saw) dan rukun-rukun iman, mengakui lima rukun Islam, serta tidak mengingkari ajaran-ajaran yang sudah pasti dan disepakati dalam agama Islam.
(2) Ada jauh lebih banyak kesamaan dalam mazhab-mazhab Islam dibandingkan dengan perbezaan-perbezaan di antara mereka. Para pengikut/penganut kelapan-lapan mazhab Islam yang telah disebutkan di atas semuanya sepakat dalam prinsip prinsip utama Islam (Usuluddin). Semua mazhab yang disebut di atas percaya pada satu Allah yang Maha Esa dan Maha Kuasa; percaya pada al-Qur’an sebagai wahyu Allah; dan bahwa Baginda Muhammad SAW  adalah Nabi dan Rasul untuk seluruh manusia. Semua sepakat pada lima Rukun Islam: dua kalimat syahadah(syahadatayn); kewajiban solat; zakat; puasa di bulan Ramadhan, dan Haji ke Baitullah di Mekah. Semua percaya pada dasar-dasar akidah Islam: kepercayaan pada Allah, para malaikat-Nya, kitab-kitab-Nya, para rasul-Nya, hari akhir, dan takdir baik dan buruk dari sisi Allah. Perbedaan di antara ulama kelapan-lapan  mazhab Islam tersebut hanya menyangkut masalah-masalah cabang agama (furu’) dan tidak menyangkut prinsip-prinsip dasar (usul) Islam.
Perbezaan pada masalah-masalah cabang agama tersebut adalah rahmat Ilahi. Sejak dahulu dikatakan bahawa keragaman pendapat di antara ulama adalah hal yang baik.
Keindahan Islam...kepelbagaian dalam kesatuan ummah. Taburan mazhab-mazhab Islam di seluruh dunia
(3) Mengakui kelapan-lapan  mazhab dalam Islam tersebut bererti bahwa mengikuti suatu metodologi dasar dalam mengeluarkan fatwa: tidak ada orang yang berhak mengeluarkan fatwa tanpa keahlihan pribadi khusus yang telah ditentukan oleh masing-masing mazhab bagi para pengikutnya. Tidak ada orang yang boleh mengeluarkan fatwa tanpa mengikuti metodologi yang telah ditentukan oleh mazhab-mazhab Islam tersebut di atas. Tidak ada orang yang boleh mengklaim untuk melakukan ijtihad mutlak dan menciptakan mazhab baru atau mengeluarkan fatwa-fatwa yang tidak bisa diterima hingga membawa umat Islam keluar dari prinsip-prinsip dan kepastian-kepastian Syariah sebagaimana yang telah ditetapkan oleh masing-masing mazhab yang telah disebut di atas.
(4) Esensi Risalah Amman, yang ditetapkan pada Malam Lailatul Qadar tahun 1425H dan dideklarasikan dengan suara lantang di Masjid al-Hasyimiyyin, adalah kepatuhan dan ketaatan pada mazhab-mazhab Islam dan metodologi utama yang telah ditetapkan oleh masing-masing mazhab tersebut. Mengikuti tiap-tiap mazhab tersebut di atas dan meneguhkan penyelenggaraan diskusi serta pertemuan di antara para penganutnya dapat memastikan sikap adil, moderat, saling memaafkan, saling menyayangi, dan mendorong dialog dengan umat-umat lain.
(5) Kami semua mengajak seluruh umat untuk membuang segenap perbedaan di antara sesama Muslim dan menyatukan kata dan sikap mereka; menegaskan kembali sikap saling menghargai; memperkuat sikap saling mendukung di antara bangsa-bangsa dan negara-negara umat Islam; memperkukuh tali persaudaraan yang menyatukan mereka dalam saling cinta di jalan Allah. Dan kita mengajak seluruh Muslim untuk tidak membiarkan pertikaian di antara sesama Muslim dan tidak membiarkan pihak-pihak asing mengganggu hubungan di antara mereka.
Allah berfirman:
Sesungguhnya orang-orang beriman adalah bersaudara. Maka itu islahkan hubungan di antara saudara-saudara kalian dan bertakwalah kepada Allah sehingga kalian mendapat rahmat-Nya. (Al-Hujurat; 49:10).
Amman, 27-29 Jumadil Ula 1426 H./ 4-6 Juli 2005 M.
Persidangan Negara-Negara Islam (OIC)
“Tiga Poin Risalah Amman”  ini kemudiannya diperakui pula oleh kepemimpinan  Islam seluruh dunia pada pertemuan Persidangan  Negara Islam (OIC) di  Mekah pada Disember 2005. Dan setelah melewati satu tahun iaitu  dari Julai 2005 hingga Julai 2006, piagam ini juga diperakui oleh enam Dewan Ulama Islam yang lain termasuk  International Islamic Fiqh Academy di Jeddah, pada Julai 2006. Secara keseluruhan, lebih dari 500 ulama Islam terkemuka telah mendukung Risalah Amman dan tiga poin pentingnya.

Rabu, 21 Ogos 2013

Hikmah Penularan Fahaman Syiah

Assallammualaikum dan salam sejahtera....

apa kabar semua? semoga semua dalam bahagia hendaknya...
ya... tiap perkara ada hikmahnya... malahan gagalnya saya dalam hidup jua sudah dirasa hikmahnya.. begitu juga kekalutan akibat penularan faham syiah dalam negara.

pasti saja yang mengikuti perkembangan isu ini akan bertemu dengan deklarasi ini yang dijadikan hujjah golongan syiah untuk membenarkan segala tindakan mereka. itulah deklarasi amman.. deklarasi yang diilhamkan oleh raja jordan dan dipersetujui oleh ilmuan dari 8 aliran faham islam.. (lanjutannya bakal diterangkan dalam isu akan datang...)

namun bukan itu soalnya... hanya syukur kerana isu ini membawa rakyat untuk melihat satu deklarasi yang pernah ada dan disepakati juga oleh kerajaan malaysia.

rasanya kerajaan perlu memberikan satu penerangan atas deklarasi ini. bukan hanya itu, tapi juga berilah kefahaman tentang isu antara syiah dan sunni...

rakyat makin jahat bila kerajaan jahat.....

Jumaat, 16 Ogos 2013

Dan Kita Bagaimana

Assallammualaikum and salam sejahtera buat semua saudara...

kala ini satu lagi dari bahagian bumi ni dilanda musibah. musibah yang nyatanya sudah ditempah sekian lama. akhirnya tiba menemui yang bertuah. bumi para anbia diberi buat gelarannya. nyata pemudanya cukup tabah menghadapi ujian.

namun kita bagaimana, apakah sekadar ingin memandang sahaja? tidakkah ingin turut serta? walaupun bukan dengan raga, mengapa bakhil mengirim doa. padahal itu senjata utama.

ribuan nyawa bertemu pencipta, bibir tersenyum, tandanya syuhadah. diberi gambaran tempat disana, ganjaran mulia penegak agama.

namun kita bagaimana? apakah sekadar melihat sahaja? tidak kah ingin turut merasa? ganjaran mulia dari pencipta???

Rabu, 7 Ogos 2013

Hari Raya Buat Siapa

Salam Raya buat yang menyambut hari raya....

sebenarnya, sudah lupa bagaimana mahu menyambut hari raya. setelah lebih kurang 4 atau 5 tahun diperantauan. melihat sendiri bagaimana budaya masyarakat yang masih mengagungkan hari raya.
kadangkala hati ini risau, apa mungkin akan hilang makna sebenar hari ini.

apa makna hari raya....