BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Isnin, 17 Januari 2011

PERISTIWA PENTING


Assalammualaikum...
            Pertama dan selamanya syukur pada Tuan Ampunya dunia. Selawat dan salam pada junjungan besar Baginda Rasul, keluarganya dan sahabatnya. Yang tanpa perjuangan dan pengorbanan mereka belum tentu kita akan menikmati manisnya islam.
            17-1-2011 boleh dikatakan tarikh keramat bagi warga UPSI. Kehadiran MB perak ke bumi murabbi ini, sedikit sebanyak memberikan gambaran betapa kerajaan komited terhadap Mahasiswa(kononnya). Hari ini, MB PERAK meluangkan masa kira-kira sejam bersama Mahasiswa yang menanti dari jam 2 ptg. Satu keistimewaan telah diberikan kepada warga  Kolej Harun Aminurrashid apabila mereka diberikan keistimewaan pengecualian kuliah. Semua ini dilakukan bagi menjayakan progrem jelajah MB PERAK ke Tg Malim(Mb penting tau..).
            Antara ungkapan menarik yang diberikan oleh MB dan berjaya menambat hati saya ialah:
            “mahasiswa adalah golongan yang hanya akan bertanya denagn perkataan ‘kenapa’, bukan apa, dimana atau sebagainya. Kerana Mahasiswa adalah golonganyang istimewa.”
            Melihat pada pernyataan tersebut, saya merasa lucu... kerana bukan ini realitinya yang berlaku di UPSI. Nampaknya, MB perlu selalu hadir ke BUMI MURABBI ini untuk melihat situasi yang sebenar. Untuk melihat bagaimana keadaan sebenar mahasiswa UPSI.
            Ada juga suara yang mempersoalkan, mengapa baru sekarang??? Kenapa tidak dulu?? Sekarang baru nak datang?? Kenapa tidak dulu?? Dah dekat nak Pilihanraya Umum Ke??? ERM.... ENTAH LAH LABU......

0 ulasan: