BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Ahad, 27 Februari 2011

KAREKTER PERTAMA

BISMILLAH... ALHAMDULILLAH... ASOLLAH TU A’LLA RASULILLAH..

Assalammaualikum...
            Apa kabar semua, kali ni bukan perkongsian mengenai mimpi. Tapi perkongsian mengenai sebuah buku yang dihadiahkan oleh salah seorang pengerai dalam EVOGE 1M baru-baru ni. Buku yang bertajuk “watak-watak dalamn organisasi”. Alhamdulillah, buku yang cukup menarik bagi sesiapa yang terlibat dalam organisasi. Insyaallah, selagi ada kesempatan, saya akan berkngsi setiap jenis karekter yang dinyatakan dalam buku ini bersama sahabat semua.
Karekter pertama (PENYAMPAI BERITA)
            Hasil dari pembacaan, penulis menjelaskan bahawa golongan ini sememangnya wujud.golongan ini memiliki kumpulan tersendiri yang suka berkumpul sesama mereka bagi berkongsi cerita. Terdapat dua versi penyampai berita, pertama = baik. Kedua= tidak baik. Jarang sekali penyampai berita yang baik mendapat hati dalam kalangan organisasi, tetapi tidak bagi penyampai berita yang tidak baik. Mereka mudah diterima ahli yang lain.
Persoalannya apa kesan yang mampu dibawa oleh golongan ini??? Menurut penulis, sememangnya berbahaya. Secara umumnya amat penting sesuatu maklumat disampaikan kepada ahli organisasi. Namun, tidak semua perlu untuk dikongsikan. Lebih-lebih lagi maklumat yang lebih kepada unsur fitnah dan ataupun khabar angin. Perkara ini dirisaukan hanya akan membawa keretakan dalam organisasi.
Golongan ini harus dikawal, tetapi tidak seharusnya disekat. Hal iini kerana, seandainya mereka disekat seorang ketua itu akan dipandang ibarat “ketua kuku besi”. Perkara ini akan membawa keburukan yang lebih besar kepada organisasi. Pengawalan yang hebat, namun bukan sekatan. Sebolehnya, seorang ketua menggunakan individu ini untuk mendapatkan maklumat ahli organisasi yang lain bagi mengawal orang bawahan. Namun, semestinya segala maklumat yang diperolehi dari individu ini harus ditapis terlebih dahulu bagi mengelakkan ahnya fitnah ataupun khabar angin mempengaruhi keputusan seorang ketua.
Hehehehehe... demikian dulu perkongsian dari buku “watak-watak dalam organisasi”. Nantikan karekter seterusnya...

0 ulasan: