BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Rabu, 25 Disember 2013

AKU, KERJA dan TUHAN

Dengan menyebut nama Tuhan yang miliknya ilmu kekuasaan…
Segala puji bagi Tuhan yang maha Tahu…
Selawat dan salam buat Penghulu para Nabi, utusan Tuhan akhir zaman…

Salam sayang kerana Tuhan buat sahabat semua… YEN ABAR (apa khabar dalam bahasa BAJAU).. doanya smoga semua dalam keadaan sihat sejahtera dan sentiasa dalam lindungan pencipta. Ketahuilah betapa beruntungnya kita yang sentiasa berlindung dengan perlindungan pencipta. Kerana itulah jua sebaik-baik tempat perlindungan. Atau masih ada yang mahu mencari tempat perlindungan yang lain??? Mesti tidak bukan, maka teruslah memohon perlindungan dari pencipta, jangan terlalu diharap perlindungan manusia.

Begitu cantik aturan Tuhan. Dan sesungguhnya sebaik pengatur adalah Tuhan. ramai orang mengharapkan rahmat dan lindungan tuhan. Namun tidak kurang yang mengejar ganjaran dan pandangan dari manusia. Walaupun hakikatnya mereka sedar bahawasanya manusia itu juga kan makhluk sepertinya. Tinggal saja mungkin makhluk yang dikejar itu memiliki sedikit kelebihan dunia berbanding dirinya.apa rasanya bila ditinggalkan Tuhan? Apakah tuhan akan meninggalkan hambanya(apa layak kita bergelar hamba kepada tuhan?)..
Teringat kata pujangga…
tidak kuhirau andai semua manusia meninggalkanku, namun apalah dayaku andai Tuhan meninggalkanku…”
Apa tandanya tidak dipedulikan tuhan? Apakah kita akan merasakan dunia kita kosong? Atau …
Terdetik di hati… sudah terlalu lama diri tidak berteduh di bawah lembayung rahamat malaikat Tuhan di taman-taman syurga. Mahu katakan tidak punya masa?? Boleh saja.. atau, dek kerana dosa dan maksiat yang terlalu banyak maka diri ini tidak dipilih untuk hadir ke sana? Mungkin diri akan mengotori tempat yang suci itu… berburuk sangka pada Tuhan? Bukan, sekadar menyesali diri, yang begitu kotor sehingga Tidak menjadi pilihan Tuhan untuk berada di sana. Ini hokum alam, kita diberikan setimpal dengan apa yang kita usahakan. Dunia ini kan ladang pertanian..
Bertimpa ujian buat umat kala ini. Tidak kunjung putus. Lepas satu,satu pula yang timbul. Agama Tuhan semakin dipermainkan. Walau sudah banyak peringatan diberikan.  Namun, begitu besar kasih sayang Tuhan, kita masih diberikan peluang. Tapi, nikmat Tuhan masih terus dipersoalkan.
Dan hati ini berbicara…
Tuhan, izinkan saya ke sana. Saya mahu bertemu insane yang MnecintaiNya. Saya mahu merasa rasa cinta kepadaNya. Saya mahu.. walau sekali.. dan saya serahkan perancangan ini padaMu…”


0 ulasan: