BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Jumaat, 6 September 2013

MENTERI, POLIS DAN ORANG TUA...

Assallammualaikum dan salam gumbira buat semua...

mungkin ada yang tidak perasan akan beberapa kejadian kebelakangan ini... Dan ini antara kejadian yang cukup menggelikan hati pencari ini...

hebohlah negara apabila diceritakan seorang tua cuba untuk lari dari carian polis penegak peraturan. dikatalah orang tua itu lari dan bersembunyi tidak ditemui oleh polis berkuasa. tapi itu tidaklah hairan kerana memang terkenal polis sedemikian rupa. pembunuh gadis mongolia pun belum ditemuinya. masakan mahu menjejak seorang tua tidak mampu, dan semakin pelik bunyinya. akhirnya ditahan jualah orang tua, untuk soal siasat katanya. dan berkatalah menteri mengutuk perbuatan orang tua. digunalah selembut bahasa yang menggambarkan kebodohan orang tua. akurlah jua orang tua. walau dikata apa begitu jualah orang tua itu. tidak berganjak walau seinci. digunalah apa yang dikatakan sebagai perlembagaan itu untuk melenyek dan menghentam orang tua itu. dan orang tua itu tetap disitu, percaya apa yang dipegangnya...

apa sudahnya kehidupan orang tua itu? bahasanya mengerunkan menteri. dipasik hidung polis supaya menahan orang tua itu. teringat kisah seorang seniman indonesia, widji tukul. bahasanya membangkitkan semangat rakyat dan mahasiswa. akhirnya hilang tidak ditemui sehingga kini. bagaimana orang tua itu nanti??

*JANGAN BILANG JANGAN KALAU BUKAN JANGAN JAWAPANYA...

0 ulasan: