BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Ahad, 15 September 2013

GULA-GULA DARI PENGUASA

Assallammualaikum dan salam manisnya gula...

apa khabar semua? doanya semua dilindungi tuhan yang menguasai alam, mengatur setiap ketentuan. dan kita sebagai hamba, harusnya sentiasa menghormati tuhan.

baru beberapa hari usia pengunguman bantuan untuk bumiputra didedahkan kepada massa oleh penguasa. ya... nampaknya seperti biasa mengundang pelbagai reaksi dari pelbagai pihak.

sesetengah bumiputra nampaknya cukup gembira bilamana pengunguman dibuat. manakan tidak, itukan satu usaha penguasa untuk memberi kehidupan yang lebih baik buat rakyat bumiputra. rakyat asal yang seharusnya memiliki negara ini.
dan itu persepsi mereka..

tidak kurang juga dan seperti dijangka... laungan rasis, akan mula dikumandangkan. memanglah, sebagai kaum minoriti di negara ini, pasti kan rasa ketidak adilan berlaku pabila hanya satu kaum diberi keutamaan. tambahan
pula bila dikatakan inilah habuan dari sokongan semasa pru dahulu...

ya... tidaklah salah untuk tiap rakyat meluahkan rasa. kerana kita dalam kepompong demokrasi yang "subur". namun kadangkala saya juga berfikir, sampai bila kita mahu digula-gulakan. sepertinya penguasa mahu terus membentuk kaum bumiputra yang terus bergantung pada bantuan penguasa. berpuluh tahun merdeka... berpuluh tahun bangsa ini memegang tampuk kuasa, namun masih kita jua yang terus berada di bawah...

mahu disalahkan petualang? mahu disalahkan parti pembangkang yang memecahbelahkan rakyat? pak, tingalnya bangsa ini bukan kerana lemahnya kita dalam politik ataupun kita kurang kuasa. malahan senentiasa kita berada di atas. kerusi pertama parlimen negara itu kan sentiasa ada bin. dan bin itu merupakan antara simbol bagi kaum yang sering menerima bantuan. kenapa itu..

bukan baru sekali ini bantuan cuba diberi
sudah puluhan kali. namun tiap kali gagal juga hasilnya. kita menanti ketelusan pelaksanaan bantuan. kesaksamaan antara kaum. sudah sampai masanya diajarkan kepada rakyat makna sebenar kata keramat...
"kalau dia boleh, begitu juga aku..."

*terus dikutuk pemimpin samseng..

0 ulasan: