Dengan menyebut nama tuhan yang maha pengasih…
Segala puji bagi tuhan yang melimpah ruah kasih sayangnya…
Salam kemuliaan buat junjungan mulia, insane pengasih yang
kasihnya tiada akhir…
Apa kabar kawan2.. doa saya semoga semua sihat saja disamping
insane tersayang. Kebelakangan ini (sudah 7 bulan) kepala ini seringkali
teringat akan ayat yang perna dibacakan dan dihuraikan oleh seorang sahabat di
surau as-salikin kuo lama dahulu. Masa tu pakaian hanya berkain pelekat berbaju
merah dan berambut serabut. Mengambarkan serabutnya kepala kala ini. Hehehehhe….
Dijadikan indah pada (pandangan) manusia kecintaan kepada apa-apa yang
diingini, yaitu: wanita-wanita, anak-anak, harta yang banyak dari jenis emas,
perak, kuda pilihan, binatang-binatang ternak dan sawah ladang. Itulah
kesenangan hidup di dunia. Dan di sisi Allah-lah tempat kembali yang baik
(surga). (Ali Imran: 14)
Pernah ditazkirahkan kepada saya dari beberapa orang sahabat.
Betapa hidup dalam jalan ini kita akan didatangkan dengan ujian yang cukup
mencabar. Menurut sahabat itu, bila kita teliti kembali, dicatatkan beberapa
cabaran di dalam ayat ini baut para pengikut jalan ini. Antaranya ialah
WANITA-WANITA.
Yeap.. wanita.. makhluk tuhan yang dimuliakan oleh islam.
Pernah satu ketika dahulu dihinakan sehina makhluk. Diperlakukan seperti bahan
dagangan. Bertukar tangan bertukar tuan. Hinga tidak dikenal siapa pemilik anak
dalam kandungan. Islam datang kemudiaannya dengan rahmat sekalian alam, membri
perlindungan dan kemuliaan. Kepada makhluk ciptaan tuhan.
Soalnya, mengapa dikatakan makhluk ini yang akan menghalang
jalan perjuangan?? Sedangkan tidak kurang yang menjadi sayap kiri perjuangan.
Membantu suami tersayang berjuang sehingga bertemu titik penghabisan.
Ayat ini menjadi satu peringatan, buat pejuang yang mahukan
kebenaran. Supaya jangan dikaburi pandangan hingga terleka dalam perjuangan.
Kadang-kadang, kita diberi kurniaan sebagai ujian, sejauh mana ikhlasnya dalam
perjuangan. Diberikan wanita yang cantik. Didatangkan wanita yang manis. Apa
masih kita tetap dalam perjuangan.
Yang masih boleh istiqomah dalam perjuangan, maknanya dia
lebih menginginkan tempat yang baik di sisi tuhan. Malahan mungkin mengharapkan
agar pasangannya juga sama-sama menuju ke tempat yang baik.
Namun terkadang ada juga yang jatuh, rebah tersungkur. Tidak
mahu, bukannya tidak mampu, tapi tidak mahu bangkit kembali. Dilalaikan oleh
keindahan yang sementara. Ini golongan yang rugi dan merugikan. Semoga kita
terhindar dari golongan ini.
Saya di mana??? Apakah saya akan tergolong dalam golongan
yang dapat menghadapi ujian ini?? Atau golongan yang rebah tidak mahu bangkit
kembali. Ya, saya juga pernah rebah. Bukan sekadar rebah, malahan jatuh
tergolek bergolek-golek masuk kedalam longkang yang cukup busuk dan hanyir.
Hanyut dan dibuai dek hayunan lengok air longkang yang disangka aliran air di
syurga. Sedangkan ia air hanyir yang penuh noda. Soalan buat diri saya, apakah
tidak mahu bangkit berdiri??
Mereka bertanya, APA PERLU KITA LAKUKAN PADA CABARAN???
Jawapan saya….
“JANGAN lari dari cabaran. Tempuhi, jangan mengelak, rempuh.
Bila buntu jangan berhenti, terus maju sambil fikirkan strategi. Berhenti
maknanya kau biarkan musuhmu di depan…”
Soal mereka.. ANDAI CABARAN ITU PEREMPUAN???
Jawapan saya…
“JANGAN takut. Diciptakan mereka sebagai rahmat. Pembantu
kita dalam kesusahan. Jika sudah bertemu dan benar-benar yakin, PASTIKAN. Kita
yang membentuk mereka. Bukan mereka yang mengheret kita.”
Suara hati mereka..
“macam betul je abg ni…”
Bicara hati saya…
“Dik, kalau nak tahu makna hidup, jangan Tanya orang yang
selalu Berjaya. Tanya mereka yang pernah gagal… macam saya… sebab kita lebih
tahu mengapa kita gagal. Ibarat dalam peperangan. Mengetahui kelemahan musuh
itu lebih bermakna berbanding tahu akan kekuatan mereka…”
DAN KAMI SAMA-sama tersenyum…
0 ulasan:
Catat Ulasan